spot_img
spot_img

Bank Islam lancar aplikasi perbankan digital baharu

spot_img

KUALA LUMPUR- Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memperkenalkan platform digital dan aplikasi perbankan mudah alih BIMB Mobile (BIMB Mobile) dan BIMB Web (web.bimb.com) bagi menambah baik pengalaman perbankan lebih empat juta pelanggannya di seluruh negara.

Bank Islam dalam kenyataannya berkata, kedua-dua platform itu direka untuk memenuhi keperluan perbankan pelanggan yang sentiasa berubah.

Ia juga dilengkapi ciri keselamatan yang ditambah baik, bersifat peribadi selain rekaan moden yang intuitif memberikan kawalan transaksi sepenuhnya kepada pelanggan tanpa batasan waktu atau lokasi.

- Advertisement -

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bank Islam, Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff, berkata platform perbankan digital baharu ini direka untuk memenuhi skala penggunaan yang lebih besar dengan keupayaan yang diperluas dan lebih stabil berbanding perkhidmatan sebelumnya.

“Maklum balas daripada pelanggan menjadi pemangkin untuk kami mereka bentuk platform yang dilengkapi antara muka moden dan ciri-ciri canggih yang memberikan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan, sesuai dengan gaya hidup digital masa kini tanpa mengira tahap kemahiran teknologi pelanggan.

“Ciri baharu ini turut menyerlahkan konsep perbankan tanpa cawangan dengan menyediakan kemudahan maksimum kepada pelanggan kami,” jelasnya.

- Advertisement -

Aplikasi perbankan mudah alih terdahulu, GO by Bank Islam (GO) telah memanfaatkan lebih 1.9 juta pelanggan aktif sejak kira-kira lima tahun lalu.

Sehingga Oktober 2024, Bank Islam telah mencatatkan sejumlah 5.9 bilion transaksi dalam talian, termasuk 3.5 bilion daripadanya disempurnakan melalui platform Perbankan Internet Bank Islam (IB, www.bankislam.biz).

Pelanggan baharu atau pengguna sedia ada GO by Bank Islam kini boleh memuat turun aplikasi baharu ini melalui Apple AppStore, Google PlayStore, atau Huawei AppGallery untuk merasai pengalaman perbankan yang lebih baik.

Pada masa sama, platform GO by Bank Islam dan IB akan terus beroperasi bagi memastikan perkhidmatan pelanggan tidak terganggu sepanjang proses peralihan ke platform baharu.

Platform GO dan IB dijadual akan ditamatkan operasi sepenuhnya menjelang November 2025.

 

 

 

 

Sumber – MalaysiaGazette

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img