spot_img
spot_img

Air antara cabaran Pulau Pinang menarik pelabur

spot_img

GEORGE TOWN, 22 Nov — Bekalan air yang sering terganggu dan tekanan air rendah untuk kegunaan industri di Pulau Pinang boleh menjejaskan keyakinan pelabur, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau berkata kekurangan tanah dan harga tanah perindustrian yang mahal berbanding di negeri lain juga merupakan cabaran yang dihadapi Pulau Pinang untuk menarik pelabur asing ke negeri itu.

“Cabaran seperti isu bekalan air, harga tanah perindustrian, kos elektrik dan tanah yang lebih tinggi serta kadar penilaian menjadikan Pulau Pinang kurang menarik kepada pelabur,” katanya.

- Advertisement -

Chow menjawab soalan Lee Khai Loon (PH–Machang Bubok) yang bertanya tentang cabaran yang dihadapi kerajaan negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai “Lembah Silikon di Timur.”

Chow menambah bahawa kesesakan lalu lintas di negeri ini dan kekurangan pekerja mahir menjadi halangan merupakan cabaran tambahan.

“Banjir kilat di kawasan seperti Bayan Lepas, Bayan Baru dan Sungai Ara juga merupakan cabaran yang kita hadapi,” katanya.

- Advertisement -

Beliau berkata negeri itu juga berdepan saingan sengit daripada Vietnam, Thailand dan Indonesia yang turut menarik pelabur asing ke kawasan mereka.

“Dalam sektor ekonomi digital, kita masih kekurangan pejabat gred A atau bangunan MSC Cybercentre yang mampu memenuhi permintaan tinggi pelabur,” katanya.

Tambahnya, negeri ini juga berdepan saingan daripada negeri dan negara lain dari segi insentif yang ditawarkan oleh mereka.

“Kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dan agensi berkaitan untuk mengatasi cabaran ini dalam menjadikan Pulau Pinang pilihan utama pelabur tempatan dan antarabangsa,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img