spot_img
spot_img

Salah umat Islam sendiri, rakyat Gaza terus dibunuh

spot_img

Putrajaya 22 Nov: Setiap hari dunia mendapat laporan puluhan orang Palestin di Gaza dan kini di Lubnan dibunuh kejam oleh tentera rejim Zionis Israel.

Di dalam penulisan terbaru negarawan Tun Dr Mahathir Mohammad berkenaan situasi tersebut, beliau menyalahkan umat Islam keseluruhan termasuk dirinya yang gagal membela saudara sesama Islam.

“Kenapa genocide (pembunuhan etnik) ini berlaku berterusan ? Sebabnya ialah kerana umat Islam tidak mampu melindungi dan menyelamat umat Islam seperti yang diwajib oleh agama Islam”, soal dan jawab bekas Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali itu.

- Advertisement -

Beliau mengimbau sejarah kegemilangan kekuatan umat Islam di zaman Uthmaniyah Turki, di mana perkara seumpama ini tidak
akan berlaku. Menurutnya, bangsa-bangsa lain tidak berani menindas orang Islam ketika itu kerana takut diserang oleh tentera-tentera kerajaan Turki.

Sebaliknya di zaman moden ini, tidak ada negara Islam yang menjadi kuasa besar
yang boleh menakutkan musuh Islam, walaupun dianugerahkan sumber kekayaan alam kepada negara-negara Islam yang tidak terhingga nilainya.

Tegas Tun Dr Mahathir, umat Islam kini telah mengabaikan fardu kifayah.

- Advertisement -

”Tiap hari berpuluh juta tong minyak petrol yang dikeluarkan di negara Islam. Tiap satu tong menghasilkan US70 dollar (RM300). Berpuluh juta tong bermakna USD1,400,000,000 sehari. Itu untuk satu hari. Pada satu tahun ada 365 hari. Dengan kurniaan yang begitu banyak sepatutnya kita mampu mengadakan tentera yang dilengkapi dengan semua senjata buatan kita sendiri untuk menyelamatkan umat Islam”, ujar Tun Dr Mahathir yang mengkritik secara tersirat negara-negara Arab yang kaya mengelilingi bumi Palestin.

“Saya berasa amat bersalah kerana gagal menunaikan ajaran Islam berkenaan keselamatan umat Islam”, kesal Tun Dr Mahathir Mohammad.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img