spot_img
spot_img

Ketelusan kerajaan dalam pemberian kontrak 5G masih dipersoal

spot_img

Kuala Lumpur 22 Nov: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan terus mengkritik tindakan kerajaan yang masih tidak memberikan penjelasan sepenuhnya dengan lengkap berkenaan isu penganugerahan kontrak spektrum 5G kepada syarikat telekomunikasi U-Mobile.

Beliau mengingatkan agar kerajaan lebih competence dalam memberikan penjelasan yang lengkap mengenai keseluruhan proses penganugerahan itu yang menjadi persoalan awam dan juga pesaing syarikat telekomunikasi yang lain.

“Jangan bila diketuk baru bergerak”, tegasnya di dalam siaran media sosialnya hari ini.

- Advertisement -

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu mahu pihak kerajaan segera untuk mengumumkan ‘langkah keluar’ wakil U-Mobile yang masih berada di dalam Lembaga Pengarah DNB untuk melepaskan jawatan dan pentadbiran DNB.

Ini kerana DNB adalah syarikat GLC milik rakyat. Manakala syarikat U-Mobile adalah dimiliki pegangan swasta berkepentingan yang majoritinya dari Singapura.

- Advertisement -

(Barisan pemilik syarikat telekomunikasi U-Mobile sumber dari SSM)

Adalah tidak adil wakil syarikat U-Mobile boleh berada di dalam syarikat kepunyaan rakyat (GLC) di mana maklumat-maklumat sensitif dapat diperoleh secara tidak adil untuk menjadi pesaing kepada DNB, tambah Wan Saiful lagi.

“Pengumuman kerajaan memberikan spektrum kepada U-Mobile membuatkan U-Mobile menjadi pesaing DNB. Apabila U-Mobile ada wakil dalam BOD DNB, adakah itu bermaksud kerajaan sengaja memberikan kelebihan yang tidak adil kepada U-Mobile? Ini kerana wakil itu pasti ada akses kepada pelbagai maklumat sensitif mengenai operasi dan strategi DNB. Kenapa pesaing dibiarkan mengumpul maklumat yang kemudian boleh digunakan untuk mengalahkan DNB?”, soal beliau mengenai keputusan kerajaan yang menjurus ke arah conflict of interest.

Pada 1 November yang lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengumumkan bahawa U Mobile Sdn Bhd akan melaksanakan Rangkaian 5G Kedua Malaysia , selepas DNB (Digital Nasional Berhad).

Dengan pengunguman ‘mengejutkan’ pemain industri itu, mereka mempersoalkan akan keupayaan U Mobile dan faktor ia dipilih berbanding syarikat telekomunikasi lain yang lebih besar keupayaan dan kepenggunaannya seperti Maxis dan TM.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img