KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan 71 aset miliknya seĀperti yang dikehendaki oleh Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM).
Ia selepas pihak pendakwaan yang diketuai Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan Mahkamah Sesyen di sini bahawa mereka tidak lagi ingin meneruskan prosiding kerana tertuduh telah meninggal dunia.
āSaya telah mendengar hujah kedua-dua belah pihak. Maka saya memerintahkan agar Allahyarham Tun Daim dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. Duit jaminan dilepaskan kepada penjamin,ā ujar Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi.
Pada 29 Januari lalu, Daim mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 71 asetnya seĀperti yang dikehendaki oleh Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM).
Aset-aset tersebut merangkumi satu bank akaun, tujuh buah kenderaan, 38 buah syarikat dan 25 hartanah atau tanah di bawah syarikat.
Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh Daim pada 13 DiĀsemĀber 2023 di Ibu Pejabat SPRM di Presint 7, Putrajaya dan beliau dituduh mengikut Seksyen 36(1)(a) ASPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.
Sumber āĀ UTUSAN