spot_img
spot_img

TikTok Menilai Dirinya RM1.34 trillion

spot_img

(17 Nov): Syarikat induk TikTok, iaitu ByteDance kini bernilai kira-kira AS$300 bilion (RM1.34 trilion), selepas ia baru-baru ini mendekati pelabur mengenai program pembelian balik saham, menurut sumber yang biasa dengan perkara itu dan dokumen yang dipetik dari Reuters.

ByteDance menghubungi pelabur dalam beberapa minggu ini, menawarkan harga AS$180.70 sesaham, untuk membeli semula dari mereka, menurut sumber.

Harga tawaran semasa ialah peningkatan sebanyak 12.9% daripada harga sesaham AS$160 dalam program pembelian balik terakhir mereka.

- Advertisement -

Berita mengenai penilaian itu sebelum ini dilaporkan oleh Wall Street Journal.

ByteDance tidak mempunyai sebarang rancangan IPO yang baharu, namun sumber itu menambah bahawa program pembelian balik adalah satu cara untuk menyediakan ByteDance untuk kecairan tunai.

Ini adalah program pembelian balik ketiga untuk pelabur dari Bytedance, yang telah menjalankan pembelian balik saham sejak 2022.

- Advertisement -

Syarikat itu pada Dis 2023 menawarkan pembelian balik saham bernilai kira-kira AS$5 bilion daripada pelabur pada harga AS$160 setiap satu, yang menilai syarikat itu bernilai AS$268 bilion.

ByteDance, yang pendapatan globalnya meningkat 30% tahun lepas kepada AS$110 bilion, telah menghadapi pertikaian undang-undang berhubung asetnya di Amerika Syarikat.

Undang-undang yang ditandatangani oleh Presiden AS Joe Biden pada 24 April, memberikan ByteDance sehingga 19 Januari 2025 untuk menjual TikTok kepada entiti AS atau menghadapi larangan untuk beroperasi di negara itu. Rumah Putih berkata ia mahu melihat pemilikan TikTok dari syarikat induk di China ditamatkan atas dasar keselamatan negara tetapi bukan larangan ke atas TikTok.

TikTok dan ByteDance menyaman tindakan tersebut di mahkamah persekutuan AS pada Mei 2024, bertujuan untuk menghalang undang-undang yang ditandatangani oleh Presiden Biden.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img