spot_img
spot_img

Wujudkan kaunter LHDN dan Insolvensi di KLIA

spot_img

KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan di parlimen (backbenchers) menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan jabatan insolvensi menyediakan kaunter 24 jam di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA bagi memberi bantuan kepada individu yang telah dilarang meninggalkan negara kerana gagal membayar cukai mereka.

M Saravanan (BN-Tapah) berkata ramai orang awam tidak menyedari tunggakan cukai mereka dan menghadapi sekatan perjalanan selepas membuat perancangan untuk ke luar negara.

“Jika isu ini timbul pada waktu pejabat, biasanya mereka boleh menyelesaikannya. Bagaimanapun, ramai yang menghadapi masalah ini pada waktu malam dan tidak dapat menghubungi pegawai yang berkenaan.

- Advertisement -

“Oleh itu, saya cadangkan kerajaan atau agensi ini menyediakan kaunter 24 jam di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA. Ini penting kerana ramai pelancong terkandas akibat isu ini,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2025.

Jabatan insolvensi bertanggungjawab menguruskan individu di bawah perintah muflis, dan ini boleh termasuk mengenakan sekatan perjalanan dengan menambahkan nama mereka pada senarai hitam jabatan imigresen.

Pada September lalu, LHDN menasihatkan pembayar cukai menyemak status sekatan perjalanan mereka di laman web imigresen sebelum membuat perancangan untuk melancong ke luar negara.

- Advertisement -

Pada masa itu, pegawai perhubungan awam LHDN Azaharuddin Ali berkata, langkah itu penting bagi mengelak tekanan saat akhir terkandas di lapangan terbang akibat tunggakan cukai.

Tahun lalu, dilaporkan lebih 180,000 individu dilarang meninggalkan negara kerana gagal membayar cukai membabitkan jumlah RM7.93 bilion.

Jurucakap LHDN, Ranjeet Kaur berkata, sekatan perjalanan juga dikenakan kepada mereka yang gagal membayar tertunggak kurang daripada RM100 sahaja.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img