spot_img
spot_img

Semua Parti Politik Melayu Perlu Bergabung Untuk Kekuatan Kaum

spot_img

PUTRAJAYA: Kekuatan dan kedudukan politik orang Melayu hanya boleh berlaku jika semua parti politik berasaskan kaum itu diletakkan di bawah satu gabungan.

Ahli Majlis Pimpinan Ter­tinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, beliau mempunyai tekad dan impian untuk melihat parti terbesar yang mempu­nyai asas perjuangan sama iaitu UMNO, Pas dan Bersatu boleh berada di bawah satu payung dan membentuk blok parti yang kuat.

Redzuan yang mahu mempertahankan jawatan MPT bagi pemilihan Bersatu, Sabtu ini berkata, beliau akan sedaya upaya merealisasikan hasrat itu menggunakan strategi diplomasi untuk berbincang bersama ketua parti masing-masing untuk melestarikan kepimpinan Melayu katanya yang dipetik melalui wawancara bersama Utusan Malaysia.

- Advertisement -

Beliau juga mempersoalkan bahawa selama 67 tahun negara mencapai kemerdekaan, dipimpin oleh orang Melayu, tetapi orang Melayu masih ketinggalan.

Mohd. Redzuan yang juga bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, sentimen orang Melayu suka berlawan sesama sendiri dan atas sebab itu muncul banyak parti politik Melayu muncul di negara ini.

Untuk rekod, Bersatu ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad bersama Presidennya sekarang Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat dari UMNO sebelum PRU14 untuk menumbangkan Datuk Seri Najib. Kemudian Muhyiddin mengambil alih tampuk Perdana Menteri dengan gabungan politik yang dinamakan Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada sokongan ahli-ahli parlimen PAS, UMNO serta Borneo. Manakala Tun Mahathir menubuhkan pula parti orang Melayu baru iaitu Pejuang.

- Advertisement -

Mohd Redzuan mendakwa ada parti Melayu yang berjuang demi duit dan ada yang bermatlamat perjuangan tulen selain ada dalam kalangan mereka bersifat hibrid.

Namun beliau memuji parti rakan komponen PN, iaitu PAS. “Bagi saya Pas konsisten. Saya suka bekerjasama dengan Pas. Saya buat kaji selidik yang mendapati tujuh daripada 10 responden menyukai Pas kerana nilai jati diri parti itu. Pas sebuah parti yang tiada korupsi, disiplin bagus. Mereka suka Pas, cuma tidak bersetuju jika mereka mentadbir negara,” katanya.

Menurut beliau, kejatuhan UMNO hanya kerana kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang melibatkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bercakap mengenai Bersatu pula, jelasnya parti baru itu belum nampak akan kekuatan agendanya. Oleh itu beliau menggesa penampilan parti itu perlu ditambah baik kerana Bersatu mempunyai peluang besar sebagai alternatif parti bagi orang Melayu selain UMNO.

Beliau juga mengakui bahawa UMNO masih rele­van kerana strukturnya bagus. Namun nasib parti itu di masa hadapan masih tidak jelas, kerana menurut Mohd Redzuan parti itu mengalami downtrend sokongan dari orang Melayu.

“Jadi, kita sebagai ahli Bersatu tidak boleh selasa sebalik­nya mencari ruang dan peluang yang kita perjuangkan supaya mendapat tarikan atau boleh menarik orang Melayu supaya menyokong Bersatu,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img