spot_img
spot_img

Pengasas TikTok Manusia Terkaya di China

spot_img

Populariti TikTok yang semakin dan sedang meningkat telah menyaksikan pengasas syarikat induknya ByteDance, menjadi orang terkaya di China.

Menurut senarai orang kaya tahunan yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Hurun, Zhang Yiming kini bernilai £38 bilion – 43 peratus lebih tinggi berbanding pada 2023.

Pengasas berusia 41 tahun itu, yang meletak jawatan sebagai ketua eksekutif ByteDance pada 2021 lalu, telah menjadi individu ke-18 dinobatkan sebagai orang terkaya China dalam tempoh 26 tahun sejak Senarai Orang Kaya Hurun China pertama kali diterbitkan.

- Advertisement -

Yiming difahamkan masih memiliki kira-kira 20 peratus kepentingan dalam firma itu, ketika dia mengatasi usahawan air botol Zhong Shanshan, yang jatuh ke tempat kedua apabila kekayaannya merosot 24 peratus kepada £36.8 bilion

TikTok telah menjadi salah satu aplikasi media sosial paling popular di dunia, dengan lebih satu bilion pengguna, walaupun terdapat kebimbangan di beberapa negara tentang hubungannya dengan negara China.

Walaupun kedua-dua syarikat menegaskan mereka bebas daripada kerajaan China, AS bersedia untuk mengharamkan TikTok pada Januari 2025 melainkan ByteDance menjualnya.

- Advertisement -

Perundangan di AS telah diluluskan oleh Dewan Perwakilan pada awal tahun ini.

Jika rang undang-undang itu menjadi undang-undang, pemilik aplikasi perkongsian video popular itu akan diberi masa sembilan bulan untuk mencari pembeli, dengan kemungkinan pelanjutan tiga bulan semasa jualan sedang dijalankan, atau menghadapi larangan di negara itu.

FBI telah mengeluarkan amaran keras bahawa ByteDance boleh berkongsi data pengguna, seperti sejarah carian, lokasi dan pencari biometrik, kononnya dengan pihak kerajaan China.

TikTok telah menafikan akan perkara ini.

Tetapi di sebalik perbalahan undang-undang ke atas asetnya di AS, pendapatan global ByteDance meningkat 30 peratus tahun lepas kepada £84.6 bilion, kata Hurun, membantu melonjakkan kekayaan peribadi Zhang.

Zhang Yiming ialah manusia kaya Nombor Satu baharu ke-18 yang China lahirkan dalam tempoh 26 tahun sahaja, menurut ketua Hurun, Rupert Hoogewerf.

Manakala AS, sebagai perbandingan, hanya melahirkan empat manusia terkaya mencapai Nombor Satu terkaya : Bill Gates, Warren Buffett, Jeff Bezos dan Elon Musk.

Ini memberi petunjuk kepada beberapa kedinamikan dalam ekonomi China.

Zhang meletak jawatan sebagai pengerusi ByteDance pada 2021 sejurus meletak jawatan sebagai CEO awal tahun itu, kerana dilaporkan akibat tekanan daripada kerajaan China.

Dia memulakan perniagaan itu pada 2012 di sebuah apartmen empat bilik tidur di Beijing.

Ketiga dalam senarai Hurun ialah pengasas Tencent yang berprofil rendah, Pony Ma, manakala Colin Huang, pengasas PDD Holdings, turun ke tempat keempat daripada ketiga tahun lepas, walaupun platform e-dagang yang memfokuskan diskaun firmanya, Pinduoduo dan Temu, terus menunjukkan pertumbuhan pendapatan yang sihat.

Bilangan bilionair dalam senarai itu menurun sebanyak 142 kepada 753, menyusut lebih satu pertiga daripada kemuncaknya pada 2021.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img