spot_img
spot_img

Keputusan Tidak Rasmi Akmal Zahin Ketua Pemuda Bersatu Yang Baharu

spot_img

Petaling Jaya 27 Oktober : Keputusan tidak rasmi dilaporakan ADUN Gombak Setia Hilman Idham tewas dengan 76 undi dalam merebut jawatan sebagai Ketua Pemuda Bersatu.

Akmal Zahin Zainal Zahir yang merupakan Pengerusi Tetap Pemuda Bersatu secara tidak rasmi dilaporkan menang sebagai Ketua Pemuda parti itu.

Dalam satu sumber daripada pusat pengiraan undi sayap parti, memaklumkan bahawa Zahin memperoleh 2,432 undi, 76 undi lebih daripada Hilman 2,356 undi.

- Advertisement -

Namun sumber itu menyatakan bahawa keputusan rasmi tertakluk kepada pengumuman jawatankuasa pemilihan parti pada bila-bila masa hari ini.

Pertandingan Ketua Pemuda Bersatu, atau Armada yang mereka gelarkan kepada sayap itu, merupakan satu pertembungan antara dua kem iaitu Akmal Zahin dari kem Datuk Seri Hamzah Zainuddin, manakala Hilman yang merupakan bekas setiausaha politik Datuk Seri Azmin Ali merupakan kem Ketua Pembangkang Negeri Selangor, iaitu Azmin sendiri.

Di dalam kempen mereka, tular serangan terhadap Hilman bahawa terdapat kebimbangan kukuhan hubungan antara PAS dan sayap pemuda Bersatu itu mungkin akan tegang jika Hilman – dipercayai sealiran dengan Ketua Bersatu Selangor Azmin Ali – menang sebagai Ketua Pemuda Bersatu.

- Advertisement -

“Lihat PRK Kuala Kubu Bharu dan Mahkota yang diketuai oleh Azmin. Adakah Pemuda PAS muncul dengan kuat (untuk calon Bersatu)? Tidak … kerana mereka tidak begitu menggemari puak tertentu itu.

“Ramai bimbang Pemuda PAS akan memboikot jentera Pemuda PN secara diam-diam, terutama di kerusi yang ditandingi Bersatu pada pilihan raya umum akan datang,” menurut sumber yang dipetik melalui FMT.

Penyandang Ketua Pemuda Bersatu ialah Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, tidak mempertahankan jawatan itu setelah melepasi had umur 35 tahun, menurut Perlembagaan parti itu. Kali ini beliau, bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kerusi Majlis Tertinggi parti, dan dijangka menang kerana berada di kem Hamzah Zainuddin.

Pemilihan parti utama pada November akan menyaksikan Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatan presiden parti tanpa bertanding.

Hamzah Zainudin, setiausaha agung kini, juga menang tanpa bertanding untuk jawatan timbalan presiden. Beliau akan menggantikan Ahmad Faizal Azumu, yang ‘turun pangkat’ untuk bersaing dalam satu daripada tiga slot naib presiden.

Faizal menghadapi saingan daripada penyandang Radzi Jidin dan Ronald Kiandee, serta Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris, ADUN Kuang Rafiq Abdullah, dan Ketua Bersatu Batu Kawan Aziss Zainal Abiddin.

Ini merupakan pemilihan kali ke 2 Bersatu sejak penuhuhannya pada tahun 2016.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img