spot_img
spot_img

Mohon kerajaan bantu pekerja sektor gig

spot_img

PETALING JAYA: Pekerja ekonomiĀ gigĀ p-hailing dan e-hailing berharap kerajaan memberi fokus kepada sektor itu dengan menetapkan kadar upah selain memperjuangkan kebajikan mereka.

Ini kerana selepas pandemik Covid-19, sektor ekonomi gig terutama p-hailing untuk makanan merosot teruk manakala kadar upah setiap pesanan semakin murah.

Di Kuala Terengganu, pemandu e-hailing, Yusof Abu Bakar, 44, berkata, kerajaan perlu memfokuskan kadar upah yang setimpal dengan keringat dicurahkan pekerja gig ekonomi demi kemakmuran negara.

- Advertisement -

Katanya, situasi sekarang seolah-olah menekan pemandu e-hailing kerana kadar upah agak murah berbanding ā€˜zaman keemasanā€™ bidang tersebut suatu ketika dahulu.

ā€œSekarang sudah terlalu ramai pemandu e-hailing menyebabkan kek ekonomi semakin kecil dengan kadar upah yang murah.

ā€œSaya berharap kerajaan dapat memperkenalkan satu inisiatif baharu dengan mengadakan perbincangan bersama syarikat e-hailing untuk meningkatkan kadar upah pemandu agar kami mampu hidup lebih selesa pada masa akan datang,ā€ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

- Advertisement -

Di Seremban, penghantar makanan yang hanya mahu dikenali sebagai Fairuz, 48, memberitahu, selain kadar bayaran, kehadiran ramai penghantar makanan sambilan turut memberi kesan kepadanya yang bekerja sepenuh masa.

ā€œDitambah dengan kadar bayaran rendah, kami terpaksa bekerja lebih masa untuk dapatkan gaji yang berbaloi. Dahulu, kami boleh dapat sehari sehingga lebih RM100 dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

ā€œNamun sekarang, untuk dapat jumlah tersebut, kami perlu bekerja lebih masa malah sehingga pukul 11 malam,ā€ katanya.

Di Johor Bahru, penghantar makanan yang hanya mahu dikenali sebagai Don, 52, mengakui hanya memperoleh pendapatan antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan bergantung dengan berapa banyak penghantaran yang dapat dilakukannya.

ā€œSebagai penghantar makanan, tahap keselamatan mesti diutamakan dan syarikat mestilah memahami pekerja walaupun kami bukanlah pekerja mereka, hanya penghantar makanan,ā€ ujarnya.

Di Sungai Petani, sebahagian besar pekerja ekonomi gig berkemungkinan terpaksa beralih bidang kepada kerjaya lain ekoran tidak lagi meraih pendapatan berbaloi seperti awal-awal terlibat dalam industri itu.

Penghantar barangan, Hafiz Zulkifli, 36, berkata, pemansuhan gaji asas oleh syarikat dia bekerja iaitu sebanyak RM1,500 sebulan menyebabkan dia kini terjejas teruk untuk menyara hidup.

ā€œDulu kami diberi gaji asas yang boleh menampung pendapatan selain turut memperolehi komisen sebanyak 70 sen bagi setiap barangan yang dihantar,ā€ jelasnya.

 

 

 

Sumber ā€“ UTUSAN

Whatā€™s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img