London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

Taliban akan larang siar gambar makhluk hidup

spot_img

KABUL : Kementerian Kebajikan dan Pencegahan Maksiat Taliban Afghanistan akan melaksanakan undang-undang melarang media daripada menyiarkan gambar makhluk hidup, dengan pemberita dimaklumkan mengenai peraturan tersebut yang akan dikuatkuasakan secara berperingkat.

Ia susulan pengumuman undang-undang yang dibuat oleh kerajaan Taliban, baru-baru ini yang mengesahkan tafsiran ketat mereka terhadap undang-undang Islam sejak mengambil alih kuasa pada 2021.

“Undang-undang ini terpakai di seluruh Afghanistan dan ia akan dilaksanakan secara beransur-ansur,” kata Jurucakap Kementerian bagi Penyebaran Kebajikan dan Pencegahan Maksiat (PVPV), Saiful Islam Khyber kepada AFP.

- Advertisement -

Undang-undang baharu ini mengandungi beberapa peraturan untuk media, termasuk larangan menyiarkan gambar makhluk hidup serta mengarahkan media supaya tidak mengejek atau menghina Islam, atau bertentangan dengan undang-undang Islam.

Namun, sehingga setakat ini, sebahagian daripada peraturan tersebut belum dikuatkuasakan secara tegas.

Menurutnya, usaha telah dimulakan di kubu kuat Taliban di selatan iaitu Kandahar dan wilayah berdekatan Helmand, serta di utara Takhar.

- Advertisement -

Televisyen dan gambar makhluk hidup pernah diharamkan di seluruh negara semasa pemerintahan Taliban sebelum ini dari tahun 1996 hingga 2001, namun arahan yang sama belum dikuatkuasakan secara meluas sejak mereka kembali berkuasa.

Sejak Taliban menguasai negara selepas pemberontakan dua dekad menentang kerajaan yang disokong kuasa asing, Afghanistan mempunyai 8,400 pekerja media.

Namun, hanya 5,100 yang masih berada dalam profesion tersebut, termasuk 560 wanita, menurut sumber industri media.

Afghanistan juga jatuh dari tempat ke-122 kepada 178, daripada 180 negara dalam ranking kebebasan akhbar oleh Reporters Without Borders (RSF).

 

 

Sumber – AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img