Free Porn
xbporn

https://www.bangspankxxx.com
spot_img
spot_img

Tahap perbelanjaan rakyat Malaysia meningkat

spot_img

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia terus menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan kukuh dengan disokong perbelanjaan pengguna yang semakin meningkat, dijangka menjadi pemangkin utama dalam merangsang pasaran pekerjaan.

Pada Julai 2024, jumlah pekerjaan di negara ini mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.8 peratus tahun ke tahun (YoY) dan 0.2 peratus bulan ke bulan (MoM), menjadikan jumlah tenaga kerja keseluruhan meningkat kepada 16.63 juta orang.

Sektor perkhidmatan terus menjadi pemacu utama, terutamanya dalam perkhidmatan makanan dan minuman, perdagangan borong dan runcit serta aktiviti pengangkutan.

- Advertisement -

Selain itu, sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pertanian turut menyumbang kepada pertumbuhan pekerjaan.

TA Research dalam nota penyelidikannya menyatakan bahawa pemulihan dalam pasaran buruh ini selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang semakin memberangsangkan, terutamanya dengan peningkatan ketara dalam perbelanjaan pengguna, eksport yang lebih tinggi serta ketibaan pelancong yang meningkat.

“Faktor ini dijangka terus mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan memacu pertumbuhan pendapatan, sekali gus meningkatkan penyertaan tenaga kerja.

- Advertisement -

“Kami menjangkakan pasaran pekerjaan akan terus stabil seiring dengan peningkatan ekonomi dan perbelanjaan pengguna yang kukuh.

“Kadar pengangguran dijangka menurun kepada 3.2 peratus menjelang akhir tahun ini, dengan pertambahan dalam jumlah pekerjaan dan pengurangan dalam kadar pengangguran sebanyak 5.2 peratus,” katanya.

Pada Julai 2024, kadar pengangguran terus menurun sebanyak 2.7 peratus tahun ke tahun kepada 563,700 orang, hampir menghampiri paras sebelum pandemik pada 2019 yang mencatatkan 519,000 orang.

Sementara itu, kadar pengangguran kekal pada 3.3 peratus bulan ke bulan.

Laporan itu juga menegaskan bahawa pertumbuhan ekonomi yang kukuh, disokong oleh dasar kerajaan yang proaktif dan pelaburan yang meningkat, dijangka mengukuhkan pasaran buruh dalam bulan-bulan mendatang.

Katanya, dengan ekonomi yang stabil dan peningkatan dalam perbelanjaan pengguna, Malaysia dijangka mengekalkan momentum positif dalam pasaran pekerjaan, seterusnya menyokong pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan dan meningkatkan keyakinan pengguna.

 

 

Sumber : Berita Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img