Free Porn
xbporn

https://www.bangspankxxx.com
spot_img
spot_img

Rakyat kaya Indonesia penyumbang terbesar pelancongan perubatan negara

spot_img

KUALA LUMPUR: Indonesia kekal menjadi pasaran terbesar bagi pelancongan perubatan Malaysia, dengan pesakit dari negara jiran itu menyumbang 64.9 peratus daripada jumlah keseluruhan pelancong perubatan pada tahun lalu, kata penganalisis.

TA Securities berkata, kebanyakan pesakit itu berasal dari bandar utama seperti Jakarta dan Surabaya, dan memilih Pulau Pinang serta Kuala Lumpur sebagai destinasi utama bagi rawatan perubatan.

Ia berkata, antara hospital popular yang sering dikunjungi adalah Island Hospital, Gleneagles dan Pantai Hospital di Pulau Pinang, serta Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

- Advertisement -

Selain itu, katanya, pesakit dari China dan India turut memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sektor itu, masing-masing menyumbang 5.0 peratus dan 3.1 peratus daripada jumlah keseluruhan pelancong perubatan.

“Hampir separuh pelancong perubatan dari China datang untuk rawatan kesuburan dan kanser, sementara pesakit dari India lebih cenderung untuk mendapatkan rawatan am dan perubatan khusus.

“Dengan pelaksanaan dasar visa kemasukan percuma selama 30 hari sehingga akhir tahun 2025, Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) menjangkakan peningkatan ketara pelancong perubatan dari kedua-dua negara ini,” katanya dalam nota penyelidikannya.

- Advertisement -

TA Securities berkata, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur kekal sebagai destinasi utama pelancongan perubatan di Malaysia.

Ia berkata, pada tahun lalu, Pulau Pinang menyumbang sebanyak 40.5 peratus daripada pendapatan pelancongan perubatan negara ini, manakala Kuala Lumpur mencatat 41.0 peratus.

Katanya, kedua-dua bandaraya itu menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi dan mudah diakses oleh pelancong antarabangsa.

Malaysia terus diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai penyedia rawatan perubatan berkualiti apabila dua hospital tempatan – Gleneagles Kuala Lumpur dan Sunway Medical Center – disenaraikan dalam 250 Hospital Terbaik Dunia 2024.

Pengiktirafan itu mencerminkan kualiti rawatan bertaraf dunia yang ditawarkan oleh hospital tempatan, setanding dengan negara terkemuka lain dalam sektor kesihatan global.

Selain itu, MHTC turut memperluas kerjasama kerajaan-kepada-kerajaan (G2G) dengan beberapa negara seperti Maldives dan negara Asia Barat bagi menarik lebih ramai pelancong perubatan.

Kerjasama itu membabitkan promosi rawatan khusus untuk segmen komuniti tertentu, termasuk masyarakat Muslim China yang mencari rawatan perubatan berkualiti.

MHTC juga bijak memanfaatkan kehadiran ekspatriat yang telah bekerja di Malaysia sebagai duta pelancongan perubatan.

Pesakit luar negara yang bekerja lama di Malaysia memainkan peranan penting sebagai testimoni jangka panjang terhadap kualiti perkhidmatan kesihatan negara, berbeza dengan pelancong kesihatan sementara yang hanya datang untuk rawatan jangka pendek.

Dalam persaingan serantau, TA Securities berkata, Thailand dan Singapura terus menjadi pesaing utama bagi Malaysia.

Ia berkata, Thailand mencatat pendapatan pelancongan perubatan tertinggi di ASEAN dengan jumlah sekitar AS$850 juta pada 2023, melebihi Malaysia yang mencatat RM2.25 bilion.

“Walaupun Singapura lebih kecil dalam skala, negara itu mensasarkan pesakit yang memerlukan rawatan kompleks dari pasaran maju.

“Namun, nilai mata wang Singapura yang kuat mengurangkan daya tarikannya bagi pelancong perubatan yang peka terhadap kos,” katanya.

TA Securities berkata, kerajaan Indonesia sedang giat memperbaiki infrastruktur kesihatan domestik untuk mengurangkan kebergantungan rakyatnya kepada rawatan luar negara.

Namun, katanya, usaha itu dijangka memerlukan masa, kerana ramai rakyat Indonesia, terutamanya golongan berpendapatan tinggi, masih memilih rawatan di luar negara disebabkan persepsi terhadap kualiti sistem kesihatan tempatan yang belum mencapai tahap memuaskan.

Sejak ditubuhkan pada 2005, MHTC terus mencatat prestasi cemerlang dalam mempromosikan pelancongan perubatan Malaysia.

Kejayaan itu terbukti melalui peningkatan jumlah pelancong kesihatan dan pertumbuhan pendapatan yang memberangsangkan.

Kerajaan juga memberi sokongan penuh kepada sektor ini melalui peruntukan RM30 juta di bawah Belanjawan 2024, yang bertujuan membiayai promosi di peringkat antarabangsa.

Tambahan lagi, hospital-hospital di Malaysia yang diiktiraf secara antarabangsa terus menjadi daya penarik utama.

Sebanyak 92 kemudahan kesihatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan dan MHTC kini dipromosikan sebagai destinasi utama pelancongan perubatan, termasuk 22 hospital elit yang menawarkan rawatan berkualiti tinggi untuk pelancong dari seluruh dunia.

 

 

 

Sumber : Berita Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img