Free Porn
xbporn

https://www.bangspankxxx.com
spot_img
spot_img

MoU ‘terlalu baik’ untuk dipersetujui oleh PN

spot_img
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof mendedahkan draf memorandum persefahaman (MoU) berkait peruntukan kepada wakil rakyat, selepas ia ditolak oleh pembangkang. Beliau juga berkata kerajaan berniat untuk mewujudkan suasana aman harmoni di dalam negara.

Fadillah berkata draf MoU itu didedahkan agar rakyat sendiri boleh menilai dakwaan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

Hamzah mendakwa draf itu bertentangan Perlembagaan, dengan beberapa syarat dikenakan dikhuatiri menjejaskan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Hamzah juga mendakwa draf itu mengandungi syarat-syarat yang bertentangan dengan nilai budaya dan agama, tidak mempunyai satu mekanisme yang jelas, dan mengandungi perkara dilihat mengongkong kebebasan bersuara Ahli Parlimen.

Niat kerajaan Madani ini adalah untuk mewujudkan suasana aman harmoni dan supaya semua Ahli Parlimen lebih memfokuskan kepada usaha pemulihan ekonomi dan dapat memainkan peranan dengan lebih konstruktif sebagai semak dan imbang, kata Fadillah dalam kenyataan, yang disertakan bersama draf tersebut.

- Advertisement -

Beliau mengemukakan dua lampiran, iaitu antara kerajaan Malaysia dengan Ahli Parlimen Bersatu atau Lampiran A, dan antara kerajaan Malaysia dengan wakil Perikatan Nasional atau Lampiran B, bertarikh Julai 2024.

Lampiran A menggariskan obligasi wakil rakyat terbabit iaitu bertindak sebagai komponen semak dan imbang yang bertanggungjawab dan membina; menyediakan pilihan dasar alternatif berbanding cadangan dasar yang dikemukakan kerajaan; serta menahan diri daripada menyemai kebencian, diskriminasi, atau keganasan sebagai suatu bentuk ekspresi politik atau perbezaan pendapat.

Penandatangan juga akujanji untuk mengemukakan pengisytiharan harta dalam tempoh 14 hari dari tarikh memorandum, serta mengakui bahawa Ahli Parlimen adalah satu jawatan awam dan disebabkan itu perlu berkelakuan mengikut tujuh Prinsip Kehidupan Awam.

- Advertisement -

Wakil rakyat itu juga perlu mengakui dan mengisytiharkan Perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia berasaskan prinsip maruah dan kesaksamaan semua manusia, dan semua rakyat mempunyai peranan untuk mempromosi dan mengalakkan penghormatan terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asasi untuk semua, tanpa mengira bangsa, agama, bahasa, dan budaya.

Penandatangan juga mengakui dan mengisytiharkan Perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia berdasarkan prinsip bahawa semua manusia dilahirkan bebas dan saksama, dan mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan yang saksama daripada sebarang bentuk diskriminasi atau hasutan.

Wakil rakyat itu juga mengutuk propaganda, maklumat palsu, atau sebarang idea yang bertujuan untuk menghasut dan menimbulkan ketegangan kaum, agama, dan/atau budaya, atau sebarang bentuk penderhakaan terhadap institusi diraja.

Lampiran A juga menyatakan obligasi kerajaan kepada penandatangan, antaranya diberi Dana Pembangunan Kawasan Parlimen mengikut peraturan, tatacara, dan tatakelola penggunaan dana tersebut.

Penandatangan juga diberi akses kepada sumber rujukan, sumber pentadbiran, dan sumber kewangan, seperti ruang pejabat, pembantu Parlimen, dan elaun.

Lampiran B pula mengandungi unsur yang sama.

Fadillah dalam kenyataan menjelaskan MoU itu akan berkuatkuasa dan terpakai sehingga pembubaran Parlimen atau pada 19 Disember 2027, mana yang terdahulu.

Ia juga tidak tertakluk kepada mana-mana klausa kerahsiaan, serta dikawal dan ditafsirkan mengikut undang-undang.

Sebelum ini, penganalisis politik rata-rata sudah menjangka bahawa pembangkang tidak akan menerima MoU terbabit untuk memperoleh dana kepada ahli parlimen mereka.

MoU : PN masih bercita-cita untuk ‘tebuk atap’ (berita-tular.com)

Ia membuktikan pembangkang masih bercita-cita untuk menumbangkan kerajaan sebelum tamat penggal dan mereka tidak hirau akan soal peruntukan kewangan.

Jika PN menerima MoU yang jelas sangat baik untuk memastikan kestabilan politik negara itu, maka segala bentuk naratif serangan terhadap kerajaan terpaksa mereka hentikan. Jadi, MoU itu dilihat terlalu baik untuk dipersetujui oleh PN.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img