Bukit Jalil 14 Ogos: China bukan sahaja telah menjadi suatu kuasa ekonomi, teknologi dan ketenteraan, malah mereka terus mengungguli sukan di pentas dunia. Tiada istilah bahawa orang Asia tidak akan berdiri sama tinggi dengan Barat. China memberikan inspirasi hebat kepada kita pada Paris 2024 baru-baru ini.
Apabila ditanya media Barat kepada pegawai sukan tertinggi China, ia boleh dirumuskan pada tiga perkara faktor yang menyebabkan China kini merupakan kuasa sukan dunia, hanya sedikit belakang dari Amerika Syarikat.
- Kemajuan dan kestabilan ekonomi
Rakyat yang hidup dengan kestabilan dan kekayaan yang seimbang, akan menghasilkan masyarakat yang ingin lebih berjaya dan mengorak langkah di peringkat dunia. Dasar kerajaan yang menggalakkan sukan, bukan sahaja untuk pingat, tetapi penglibatan semua aspek termasuk menggalakkan rakyatnya menjadi seseorang itu sebagai ahli sukan yang profesional. Seterusnya ia akan menjadi suatu kerjaya yang lumayan kepada rakyatnya.
China melihat Amerika Syarikat, di mana dengan penduduk yang ramai, sukan harus dijadikan industri. Jadi kerajaan China melihat sukan ini sebagai suatu peluang ekonomi utnuk ditawarkan kepada rakyatnya, kerana itu mereka bijak untuk mengeluarkan belanja yang begitu besar bagi mendirikan infrastruktur sukan yang lengkap serta moden bagi tujuan itu.
2. Saiz Penduduk Besar
Dengan penduduk berjumlah 1.2 bilion orang, sudah tentu banyak bakat-bakat yang boleh digilap. Dengan kuasa tingkat pendapatan yang semakin baik, rakyat China mempunyai peluang untuk mengejar kesihatan yang lebih baik.
Jika dilihat pada acara Paris 2024, hampir kesemua bidang sukan ditandingi oleh atlet China. Bahkan sukan Amerika Syarikat seperti BMX, break-dancing dan skateboard juga diungguli oleh atlet China.
China dijangka akan menghantar lebih ramai atlet yang kuat pada Olimpik di Los Angeles 2028 kelak.
3. Tidak Takut Melabur Untuk Sukan
Seperti faktor pertama tadi di mana kerajaan menganggap sukan adalah suatu industri, kerajaan juga memainkan peranan dalam menganjurkan sukan berskala acara besar.
Pendedahan ‘memanggil’ atlet kelas dunia ke negara mereka sendiri adalah satu galakkan kepada rakyatnya dan pendedahan yang sangat terbaik untuk motivasi para atlet China.
Negara itu telah menganjurkan Olimpik pada 2008 dan sukan Olimpik musim sejuk pada 2022 lalu dengan banyak sekali infrastruktur sukan yang baru dan melebihi dari apa yang terdapat di Barat.
Bak kata pepatah orang putih, from humble beginnings to global glory
Tahniah China. Komuniti Asia tumpang bangga.