spot_img
spot_img

Amerika Syarikat negara paling mudah untuk menjadi jutawan

spot_img

Cita-cita untuk menjadi jutawan, apatah lagi billionaire, adalah impian kebanyakkan usahawan atau ahli perniagaan. Mencapai tahap kekayaan yang tinggi dan tidak perlu risau tentang wang adalah satu nikmat kekayaan yang boleh diperoleh jika kena pada tempatnya.

Walau bagaimanapun, jika anda tinggal di Amerika Syarikat (AS), kemungkinan untuk mencapai kejayaan itu adalah lebih besar.

Menurut Laporan Kekayaan Henley & Partners USA 2024, dilaporkan bahawa A.S. berada di kedudukan nombor satu di dunia yang mempunyai billioniare paling banyak. Sehingga Disember 2023, terdapat 788 billionaire yang berasal dari A.S.

- Advertisement -

Untuk menguatkan lagi statistik ini, terdapat 5.5 juta jutawan tinggal di A.S. sekarang dan kekayaan yang boleh dilabur cair di A.S. berjumlah $67 trilion. Dua bandar teratas A.S. dengan jumlah tertinggi jutawan dan billioanire ialah New York dan San Francisco.

Jadi, jika anda terfikir, mengapakah A.S. mempunyai lebih ramai jutawan dan billionaire berbanding negara lain di dunia? Ini kerana terdapat beberapa sebab yang menjadi faktor itu.

Berikut ialah beberapa sebab utama mengapa anda lebih berkemungkinan mencapai status billioanire di A.S., menurut CNBC dan USA Today:

- Advertisement -

Peraturan Yang Mesra Perniagaan

Berbanding dengan negara lain, A.S. mempunyai undang-undang cukai yang lebih relax yang sering memihak kepada orang kaya, yang telah membenarkan lebih banyak peluang penciptaan kekayaan. Selain itu, kerajaan A.S itu sendiri kurang terlibat dalam mengawal selia sektor swasta berbanding negara lain, yang turut memberi kesan kepada pengumpulan kekayaan yang ketara.

Sebagai contoh, penglibatan kerajaan dalam perniagaan kurang berbanding negara seperti China, yang menyaksikan penciptaan kekayaan yang lebih perlahan dan penghijrahan jutawan sejak pelaksanaan sekatan ketat COVID-19.

A.S. terus mengatasi China dari segi ekonomi bernilai tinggi. Hari ini, lebih ramai jutawan dicipta di A.S. berbanding tempat lain di planet ini, satu trend yang terus berkembang.

Lebih Banyak Peluang Penciptaan Kekayaan

Ia dijelaskan oleh Dominic Volek, ketua kumpulan pelanggan swasta di Henley & Partners, kepada CNBC bahawa “peluang penciptaan kekayaan di A.S tiada bandingnya di peringkat global.”

Kesannya, keusahawanan di A.S adalah lebih ‘meriah’. A.S terus menjadi tarikan penting bagi usahawan dalam industri teknologi dan kejuruteraan. Selain itu, A.S. ialah peneraju global dalam penjualan seni lukisan (satu lagi bentuk kekayaan besar), menyumbang 42% daripada jualan mengikut nilai.

Undang-undang Cukai yang Menguntungkan

Undang-undang cukai sedia ada telah memudahkan orang ramai menjadi billionaire di A.S. Contohnya, Akta Pemotongan Cukai dan Pekerjaan (TCJA) Presiden Trump 2017 memberikan pelepasan cukai yang ketara kepada golongan kaya. Ini termasuk kadar cukai individu bagi yang berpendapatan tertinggi menurun daripada 39.6% kepada 37%, pengurangan dalam kadar cukai korporat daripada 35% kepada hanya 21% (mewakili penurunan 40%) dan dua kali ganda pada cukai harta pusaka daripada $5.5 juta hingga $11.2 juta. Selain itu, A.S. pada masa ini mempunyai cukai keuntungan modal jangka panjang yang agak rendah sebanyak 20%, yang kekal sama selama beberapa dekad.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img