PETALING JAYA: Syarikat-syarikat yang lebih kecil akan daapt belajar lebih kurang setahun untuk mengguna pakai kaedah e-invois berikutan pelancaran Fasa 1 sistem pengebilan digital yang bermula wajib pada Khamis ini.
Fasa 1 hanya akan melibatkan syarikat dengan perolehan tahunan melebihi RM100 juta, manakala syarikat kecil yang berurusan dengan syarikat besar secara tidak langsung akan membiasakan diri dengan sistem baharu itu. Syarikat kecil dijangka perlu mengeluarkan e-invois juga jika mereka berurusan dengan syarikat besar di bawah Fasa 1.
Ini penting untuk menyesuaikan diri dengan ekosistem e-invois bagi memastikan perniagaan mereka kekal seiring dengan undang-undang semasa.
E-invois bukan seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), di mana syarikat perlu menstruktur semula sepenuhnya sistem pengebilan mereka. Asasnya ia adalah peralihan daripada invois elektronik sedia ada kepada pendigitalan dan peraturan oleh pihak ketiga (LHDN).
Dalam tempoh enam bulan pertama, tiada tindakan pendakwaan akan dikenakan di bawah Seksyen 120 Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana tidak mematuhi peraturan e-invois, dengan syarat syarikat mematuhi sekurang-kurangnya keperluan e-invois yang disatukan.
Menurut sumber LHDN, badan berkanun itu akan mengendalikan kes ketidakpatuhan berdasarkan kes demi kes dan bukannya mengenakan penalti serta-merta buat masa ini.
Dengan adanya e-invois, ia dapat membantu syarikat untuk mengelak daripada tergesa-gesa pada saat-saat akhir untuk menyiapkan akaun mereka untuk diserahkan kepada LHDN yang berkaitan cukai pada akhir tahun.