spot_img
spot_img

Umat Islam bakal mengerjakan haji di musim bunga dan sejuk bermula 2026

spot_img

MEKAH –  Umat Islam dijangka mengerjakan haji buat kali terakhir dalam musim panas di Arab Saudi pada tahun depan, lapor laman berita Saudi Gazette semalam.

Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NMC), Hussein Al-Qahtani mengesahkan perkara itu dengan menyatakan bahawa jemaah bakal mengerjakan haji dalam musim bunga.

“Musim haji akan memasuki fasa baharu perubahan iklim pada tahun 2026. Kita tidak akan menyaksikan haji pada musim panas sehingga selepas 17 tahun,” katanya.

- Advertisement -

Hussein berkata, 2026 akan menjadi permulaan haji pada musim bunga selama lapan tahun berturut-turut sebelum diikuti dengan musim sejuk.

“Kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada musim haji pada musim panas untuk selama 16 tahun,” katanya.

Beliau menambah, suhu purata dalam musim haji kali ini adalah sekitar antara 45 hingga 47 darjah Celsius.

- Advertisement -

 

 

Sumber – AGENSI

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img