spot_img
spot_img

Pertikaian teknikal perlembagaan, punca 7 wakil rakyat Bersatu tidak jawab notis parti

spot_img

SHAH ALAM: Enam ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Bersatu dilihat mempertikai isu teknikal dalam perlembagaan Parti Bersatu bagi menolak notis tunjuk sebab yang diberikan kepada mereka pada 17 Mei lalu.

Isu teknikal tersebut dipercayai boleh menyebabkan notis tunjuk sebab yang diberikan kepada ketujuh-tujuh wakil rak­yat parti itu menjadi tidak sah.

Ini kerana mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang diadakan pada minggu sebelum itu bagi menentukan kedudukan ketujuh-tujuh wakil rakyat tersebut dipercayai tidak sah apabila terdapat kehadiran bukan anggota kepemimpinannya.

- Advertisement -

Mereka yang didakwa hadir adalah ADUN Kuang, Mohd. Rafiq Mohd. Abdullah serta ADUN Lepar, Mohd. Yazid Mohd. Yunus.

Perkara itu timbul apabila terdapat sepucuk surat ditujukan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung notis tersebut yang mempertikaikan status kedua-dua ahli berkenaan.

Pertikaian tersebut turut membawa kepada persoalan terhadap takrifan pribumi mengikut Fasal 2 Perlembagaan Bersatu 2019 yang dikaitkan dengan Fasal 7.3 yang menyebut ‘ahli biasa ialah warganegara Malaysia Pribumi yang berumur 18 tahun ke atas’.

- Advertisement -

Berdasarkan kepada perkara tersebut, status Mohd. Rafiq dan Mohd. Yazid yang mana masing-masing dikatakan ber­keturunan India Muslim dan Punjabi sebagai ahli parti itu tidak sah apatah lagi meme­gang jawatan atau memasuki mesyuarat MPT.

Menerusi semakan Utusan Malaysia terhadap dokumen itu, surat tersebut menyatakan keahlian mereka adalah tidak sah sebagai ahli biasa sementara jawatan dalam MPT pula dianggap serupa sejak dari awal pelantikan (pemilihan).

Bagaimanapun, terdapat pindaan Fasal 7 Perlembagaan Bersatu 2021 yang dilakukan secara senyap tanpa pengetahuan akar umbi atau melalui Perhimpunan Agung Khas (EGM) ataupun Perhimpunan Agung Bersatu (AGM).

“Pindaan dengan penambahan klausa ‘atau warganegara Malaysia beragama Islam’ adalah tidak mendapat kelulusan daripada ROS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan) terlebih awal dan tidak pernah dibincangkan sebagai salah satu agenda dalam mana-mana mesyuarat MPT, EGM atau AGM.

“Kegagalan mendapatkan kelulusan daripada ROS sebelum membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Bersatu boleh menyebabkan parti di­hadapkan ke mahkamah ke­rana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Pertubuhan 1966 & Peraturan-Peraturan,” katanya.

Sementara itu, ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari ketika ditemui memberi­tahu menjadi salah seorang penghantar surat tersebut dan mengesahkan menghantarnya pada pagi tadi.

Di samping itu, beliau turut memaklumkan ia perlu dijawab terlebih dahulu oleh Hamzah sebelum mereka menjawab notis tunjuk sebab yang diberikan pada Jumaat dua minggu lalu.

Terdahulu seramai enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN dilapor berpaling tadah apabila bertindak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bermula de­ngan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

Kemudian Datuk Suhaili Abdul Rahman(Labuan), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), Syed Abu Hussin, Dzulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) dan Abdul Rashid.

 

 

Sumber – UTUSAN

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img