spot_img
spot_img

Tiada SPM juga berpeluang belajar TVET

spot_img

PUTRAJAYA: Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sedia menawarkan sehingga 100,000 tempat kepada pemohon untuk mengikuti pelbagai kursus kemahiran di 1,345 institusi seluruh negara.

Permohonan itu diselaraskan melalui saluran tunggal permohonan kemasukan kursus TVET iaitu sistem UP_TVET bagi memastikan tiada siapa tercicir.

Penggunaan saluran tunggal UP_TVET adalah bersifat fleksibel dengan mengambil kira keperluĀ­an pelbagai syarat masuk bagi ambilan sesi perdana dan ambilan sepanjang tahun untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat menyertai program TVET.

- Advertisement -

Dipetik dari Utusan Malaysia, Ketua Sekretariat Majlis TVET Negara, Dr. Mohd. Faizal Tokeran berkata, sejumlah 1,345 institusi TVET merentasi 12 kementerian termasuk institusi swasta bersedia memberi latihan seawal usia 15 tahun berdasarkan program tertentu.

Pada masa ini, katanya, sejumlah 408,767 pengambilan pelajar sedang mengikuti program latihan TVET di kesemua institusi berdasarkan statistik setakat Disember 2023.

ā€œSelain lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ada syarat-syarat kemasukan yang ditawarkan di institusi tertentu menawarkan kemasukan seawal umur 15 tahun.

- Advertisement -

ā€œJusteru, mereka yang tidak ada sijil SPM pun berpeluang memohon program TVET kerana kita membuka akses lebih luas khususnya melalui UP_TVET ini kepada semua pemohon mengikuti program yang akan disesuaikan dengan kelayakan mereka,ā€ katanya.

Saluran tunggal permohonan UP_TVET menawarkan dua kategori permohonan iaitu Ambilan Perdana dua kali setahun (Ambilan Januari dan Ambilan Julai) dan secara fleksibel iaitu Ambilan Sepanjang Tahun.

Menurut Mohd. Faizal, sistem itu mula digunakan melalui ujian rintis Siri Perdana Ambilan Januari 2024 melibatkan beberapa institusi TVET daripada tiga kementerian dengan bilangan permohonan berjumlah 9,377 orang.

Pelaksanaan UP_TVET bagi Ambilan Perdana Julai depan pula melibatkan semua institusi TVET di bawah tujuh kementerian dengan 744 kursus ditawarkan yang mula dibuka 25 Mac lalu hingga 11 Jun ini, menyaksikan jumlah pengguna setakat ini mencapai lebih 36,000.

Ambilan fleksibel sepanjang tahun pula mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk dengan institusi-institusi akan menawarkan kursus kepada calon. Calon tersebut berpeluang mendapat lebih dari satu tawaran, yang akhirnya calon boleh memilih untuk bersetuju terima satu tawaran sahaja.

Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) pada masa sama membangunkan portal TVET Madani sebagai pusat sehenti untuk mendapatkan maklumat berkaitan kursus-kursus TVET dan menjadi platform pengurusan dan pemusatan data raya TVET yang dijangka selesai sepenuhnya pada tahun 2025.

ā€œJumlah institusi yang akan menyertai platform UP_TVET akan bertambah secara berperingkat, manakala ambilan pelajar pula tidak sama, jadi kita buka permohonan sepanjang tahun tanpa tempoh waktu tertentu sekali gus memberi lebih peluang kepada pemohon.

ā€œSistem UP_TVET ini diyakini akan membantu memudahcara permohonan kemasukan dan membuka akses lebih besar kepada segenap kumpulan sasar untuk mengikuti program TVET selaras dengan Dasar TVET Negara 2030 iaitu TVET Pilihan Utama Kerjaya,ā€ katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Faizal berkata, program TVET perlu ditransformasikan melalui pengenalan standard dan kurikulum latihan yang sepadan dengan keperluan teknologi terkini agar sentiasa relevan dan dapat mengelakkan daripada isu ketidakpadanan (mismatch) dalam kalangan graduan TVET.

Katanya, program-program baharu dengan elemen seperti data analitik, teknologi robotik dan internet of things (IOT) yang menjadi teras utama dalam Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan berpotensi menjana pendapatan tinggi mula diperkenal dan diperluaskan penawarannya oleh institusi-institusi TVET.

ā€œRasionalisasi program turut diberi penumpuan melalui penjajaran semula program-program yang selari dengan keperluan semasa dan mendatang industri.

ā€œDasar-dasar kerajaan sedia ada seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR) dan penumpuan terhadap lima bidang industri pertumbuhan dan nilai tinggi dijadikan asas rujukan dalam penawaran dan pelaksanaan kursus-kursus baharu,ā€ katanya.

Menjelang 2030, kerajaan menyasarkan peningkatan 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi baharu dalam sektor ekonomi masa hadapan dan 60 peratus lepasan SPM memasuki aliran TVET dengan nilai kebolehpasaran graduan TVET mencapai lebih 90 peratus.

Orang ramai boleh menghadiri sambutan Hari TVET Negara 2024 yang akan diadakan pada 7 dan 8 Jun ini di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, Selangor sebagai peluang terbaik untuk mengetahui lebih lanjut tentang peluang Pendidikan dan kerjaya dalam bidang TVET.

Whatā€™s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img