spot_img
spot_img

Huawei dan UniKL kerjasama latih pelajar TVET untuk bandar pintar

spot_img

SHENZHEN (25 Mei): Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) semalam telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk bekerjasama dalam inisiatif akademik dan penyelidikan tertumpu kepada teknologi bandar pintar, pencegahan bencana bandar, dan aktiviti serta program lain yang saling menguntungkan yang tujuan untuk inovasi teknologi.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan berkata di bawah kerjasama itu, Pusat Operasi Pintar Huawei (IOC) akan ditubuhkan di UniKL British Malaysian Institute (UniKL BMI), khusus untuk peluang penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta memperkasakan UniKL dengan kapasiti untuk menyediakan latihan kursus pendek yang dibenarkan kepada pelajarnya dan orang ramai, sambil memupuk inovasi teknologi dan latihan praktikal.

Ia berkata Huawei Malaysia dan UniKL juga akan memulakan pertukaran maklumat akademik dan penyelidikan atau bahan khusus mengenai kawalan pemantauan banjir.

- Advertisement -

Majlis menandatangani MOU itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa lawatannya ke ibu pejabat Huawei, di sini, sempena lawatan rasminya ke China dari 22 Mei hingga 1 Jun.

MOU itu ditandatangani oleh ketua pegawai eksekutif Huawei Malaysia Simon Sun manakala UniKL diwakili oleh presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Madya Dr Azman Senin.

Sun dalam satu kenyataan menjelaskan Huawei IOC ialah model bantuan membuat keputusan yang membuat ramalan menggunakan sejumlah besar data khusus industri.

- Advertisement -

“Ia membolehkan penggunaan tenaga kerja dan sumber yang cekap dalam situasi kritikal, seperti banjir, yang membawa kepada tadbir urus bandar yang lebih baik.

“IOC yang akan ditubuhkan di UniKL BMI akan menjadi alat pendidikan, penyelidikan dan pembangunan yang berkuasa untuk kedua-dua pelajar dan penyelidik semasa kita menuju ke arah masa depan bandar pintar yang terhubung,” katanya.

Sementara itu, Azman berkata MOU itu adalah bukti komitmen universiti untuk menyediakan pelajarnya peluang dan sumber pembelajaran terbaik.

“MOU ini membuka dimensi baharu untuk UniKL dan kami mengharapkan kerjasama yang berjaya dengan Huawei Malaysia yang akan memberi manfaat kepada pelajar, penyelidik dan komuniti kami yang lebih luas,” katanya.

UniKL ialah sebuah institusi pengajian tinggi milik penuh oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Hubungan kerjasama UniKL dengan Huawei Malaysia bermula sejak 2012, apabila UniKL menjadi Makmal Pengajaran Universiti Huawei.

Matlamat utama kerjasama terbaharu dengan Huawei Malaysia adalah untuk mengukuhkan, mempromosi dan membangunkan kerjasama membina kapasiti berdasarkan kesaksamaan dan faedah bersama.

 

 

Sumber : The Edge Markets

Foto : Fariz Iswadi (Awani)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img