spot_img
spot_img

Sarawak tunggu kelulusan BNM sebagai pemegang majoriti Affin Bank

spot_img

KUCHING, 2 Mei — Kerajaan Sarawak masih menunggu kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memperoleh pegangan majoriti dalam Affin Bank Malaysia, kata Ketua Menteri (Premier) Tan Sri Abang Johari Openg hari ini.

Beliau berkata syarat pengambilalihan telah dimuktamadkan antara kerajaan negeri dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Ia hanya menunggu secara rasmi kelulusan daripada BNM. Itu sahaja. Prosesnya sudah selesai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan Hari Raya Aidilfitri anjuran Sarawak Energy Berhad (SEB) di sini.

- Advertisement -

“Pastinya, apabila kita telah memperoleh pada kadar maksimum 32 peratus seperti yang dibenarkan oleh BNM, akan ada perubahan,” katanya.

Beliau menambah saham kerajaan negeri dalam Affin Bank akan diletakkan di bawah syarikat kerajaan negeri, Sarawak Incorporated.

Pada 17 Januari lalu, Abang Johari mengesahkan bahawa kerajaan negeri hampir memperoleh pegangan tambahan dalam Affin Bank daripada LTAT, sambil menambah bahawa pengambilalihan itu akan melebihi 20 peratus.

- Advertisement -

Beliau berkata keputusan untuk mengambil alih sebuah bank komersial dibuat selepas permohonan kerajaan negeri untuk menubuhkan bank digital tidak diluluskan oleh pihak berkuasa kerajaan persekutuan.

Pada masa ini, Sarawak mempunyai 4.95 peratus kepentingan dalam bank itu. Kerajaan negeri membeli 112.56 juta saham itu pada pertengahan April tahun lalu pada harga RM1.97 sesaham atau RM221.74 juta secara keseluruhan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img