(1 Mei): Ahli perniagaan terkenal Malaysia, Mirzan Mahathir, anak kepada bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, merancang untuk melabur AS$100 juta (RM477 juta) dalam sebuah kilang simen di Sudan, bahagian selatan negara itu.
Jika kebenaran diberikan tepat pada masanya, loji itu akan beroperasi dalam tempoh 24 bulan dan akan menggunakan batu kapur dari Kapoeta, 275 kilometer (170 batu) timur Juba, ibu negara.
“Juba, sebagai pasaran utama untuk simen, adalah lokasi yang baik untuk kami,” kata Mirzan kepada wartawan pada semalam.
Kilang itu akan mengurangkan pergantungan kepada import simen yang mahal dan mempercepatkan pembangunan infrastruktur di Sudan Selatan yang kaya dengan minyak, menurut Kuol Daniel Ayulo, setiausaha pertama di Kementerian Perdagangan dan Industri.
Syarikat pelaburan Mirzan, B Smart, juga akan membina bangunan pejabat untuk kerajaan, Menteri Pelaburan Dhieu Mathok memberitahu taklimat media berasingan.
“B Smart komited untuk datang ke sini. Kami sudahpun mengusahakan beberapa projek pelaburan,” kata Mirzan.