spot_img
spot_img

PKS digesa cepat transformasi digital perniagaan mereka

spot_img

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu memulakan pendigitalan dan automasi bagi meningkatkan produktiviti dan menangani kenaikan kos, kata Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng.

Beliau berkata, kos menjalankan perniagaan semakin meningkat terutamanya dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi dan satu-satunya cara untuk menangani cabaran ini ialah dengan mengurangkan kos tenaga kerja.

“Kemungkinan kenaikan gaji minimum dan rasionalisasi subsidi diesel secara berfasa akan memberi kesan ketara kepada PKS,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

- Advertisement -

Justeru, beliau menggesa PKS untuk terus mendigital dan mengautomasikan operasi mereka bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja tempatan dan juga asing.

“Masa (terbaik) untuk berbuat demikian ialah dalam tempoh dua tahun lalu, namun masih belum terlambat,” katanya.

Dalam tempoh empat bulan pertama 2024, Ng berkata, PKS terus berdepan cabaran selepas mengalami kesukaran pada 2023, terutamanya yang terlibat dalam sektor pembuatan dan eksport berikutan permintaan lemah global.

- Advertisement -

Beliau berkata, PKS terjejas akibat daripada penurunan nilai ringgit dan kenaikan kos tanpa henti.

“Malahan sebenarnya banyak juga PKS, yang terpaksa menolak pesanan baharu, kerana mereka tidak pasti sama ada mereka akan mendapat keuntungan, memandangkan kenaikan kos dan prestasi mata wang yang tidak menentu.

“Pada masa yang sama, dengan permintaan domestik yang lemah, mereka yang menjalankan perniagaan di dalam negara tidak dapat melepaskan kos tambahan sepenuhnya kepada pengguna, menyebabkan pengecilan margin yang ketara,” katanya.

 

 

Sumber – BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img