spot_img
spot_img

Melaka bakal dikunjungi 1 juta pelancong China

spot_img

MELAKA: Melaka bakal menerima satu juta pelancong dari pelbagai wilayah di China dalam tempoh dua tahun, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Beliau berkata, sasaran itu adalah hasil kerjasama antara anak syarikat Golden Eagle Broadcasting System (GBS) iaitu Mango Media Sdn. Bhd. dengan PMH Travel & Event Sdn. Bhd.

Ujarnya, GBS yang merupakan kumpulan media berpengaruh di China menyediakan perkhidmatan penstriman dalam talian melalui Hunan TV, dengan jumlah penonton global sebanyak 1.9 bilion manakala Mango TV dengan capaian 66.53 juta pelanggan.

- Advertisement -

“Melalui kerjasama ini Mango Media akan mempromosikan Melaka melalui dua strategi iaitu yang pertama penjualan langsung dalam talian melalui platform seperti XHS dan TikTok. Mereka mempunyai pempengaruh terkemuka dalam pasaran untuk mempromosikan Melaka secara langsung kepada pengguna dalam talian di China.

“Bagi strategi kedua pula melalui penjualan luar talian menerusi penggunaan Hunan Broadcast yang meliputi banyak saluran televisyen dan akan mempromosikan Melaka secara meluas,” katanya semasa berucap pada Majlis Pertukaran Perjanjian Kerjasama antara GBS melalui Mango Media Sdn. Bhd dengan PMH Travel & Event Sdn. Bhd. di Seri Negeri di sini, semalam.

Tambah Ab. Rauf, melalui kelengkapan dimiliki GBS, ia mampu menyebar luas capaian ke seluruh wilayah di China mengenai keistimewaan Melaka untuk dikunjungi.

- Advertisement -

Menurutnya, beliau yakin kerjasama tersebut dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negeri dan rakyat melalui sektor pelancongan, ekoran kejayaan GBS sebelum ini yang mempromosikan beberapa lokasi terpencil di China.

 

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img