spot_img
spot_img

Diskaun 59% cloud Alibaba untuk pelanggan antarabangsa

spot_img

PETALING JAYA: Alibaba Cloud, tunjang teknologi digital dan kepintaran Alibaba Group mengumumkan penurunan harga sehingga 59 peratus bagi produk awan awam teras menggunakan pusat data antarabangsa syarikat yang berada di luar Tanah Besar China.

Usaha ini sejajar dengan strategi mengutamakan Kecerdasan Buatan (AI) terbaharu oleh peneraju teknologi awan global itu yang bertujuan memperluaskan akses sumber pengkomputeran teras kepada segenap pelanggan serta memperkasa pertumbuhan jangka panjang mereka dalam era AI.

Berkuat kuasa serta-merta, strategi harga baharu itu merangkumi lima produk awan awam teras termasuk komputer, penstoran, rangkaian, pangkalan data serta produk big data dengan purata pengurangan sebanyak 23 peratus.

- Advertisement -

Presiden Perniagaan Antarabangsa Alibaba Cloud Intelligence, Selina Yuan berkata, infrastruktur awan dijangka menjadi asas penting untuk masa depan AI dan komitmen mereka terletak dalam memastikan asas perkembangan AI kekal berpatutan.

“Sebagai penyedia perkhidmatan awam yang komited dalam membantu pertumbuhan jangka panjang pelanggan, Alibaba Cloud berdedikasi untuk menjadikan AI lebih mudah diakses daripada aspek penjimatan kos, ketersediaan teknologi terbukti dan sebagainya.

“Strategi harga terbaharu kami direka bukan sahaja untuk memberi ganjaran jangka panjang kepada pelanggan menerusi penyediaan diskaun signifikan tetapi untuk memastikan perniagaan mempunyai asas yang stabil untuk membangunkan strategi jangka panjang ketika merancang dan membangunkan aplikasi AI mereka tersendiri,” katanya ketika siaran langsung Majlis Pelancaran Musim Bunga Alibaba Cloud.

- Advertisement -

Jelas beliau, harga baharu itu boleh digunakan untuk pelanggan sedia ada dan baharu yang menghantar tempahan melalui laman rasmi web Alibaba Cloud.

“Ini termasuk pengurangan untuk pelbagai model pembayaran perkhidmatan pengiraan anjal (ECS) dan penyimpanan blok elastik (EBS) termasuk pay-as-you-go, langganan dan pelan simpanan yang merangkumi majoriti jenis dan generasi ECS serta Enhanced Solid State Drives (ESSD) dalam kategori EBS.

Sebagai contoh, perniagaan antarabangsa yang memilih model pembilan pay-as-you-go boleh menikmati pengurangan kos ECS dan EBS, masing-masing sehingga 30 peratus dan 59 peratus.

“Untuk mengekalkan keberkesanan kos yang stabil sepanjang 12 bulan akan datang, pelan OSS-Resource membolehkan pelanggan menyimpan keupayaan penstoran di rantau spesifik selama setahun untuk mendapatkan diskaun lebih.

“Harga setahun bagi pakej 500GB, yang popular dalam kalangan PKS, telah berkurang ke AS$16.99 (RM80.61) daripada AS$63 (RM298.93),” katanya.

Selain itu, pengguna produk pangkalan data, termasuk ApsaraDB RDS bagi MYSQL, ApsaraDB RDS bagi PostgreSQL, ApsaraDB RDS bagi MariaDB, ApsaraDB bagi Redis dan ApsaraDB bagi MongoDB juga dapat menikmati penurunan harga sehingga 50 peratus menerusi pakej jangka panjang, yang meliputi satu hingga lima tahun.

Tawaran juga disediakan untuk produk Big Data termasuk MaxCompute, Hologress, DataWorks, Realtime Compute untuk Apache Flink dan Open Search yang menyediakan potongan terhadap langganan sehingga 50 peratus selama setahun hingga tiga tahun.

Alibaba Cloud juga menambah penggunaan percuma Perkhidmatan Pemindahan Data Awan daripada 20GB kepada 200GB untuk pelanggan antarabangsanya.”

 

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img