spot_img
spot_img

Isu Stokin : Double standard layanan OKT ?

spot_img

Kuala Lumpur 8 April : Hari ini aktivis masyarakat Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai che’GuBard telah selesai memberi keterangan kepada pihak polis di Bukit Aman berhubung posting beliau di sosial media pada 5 April lalu.

Dalam siaran sosial media itu, che’GuBard mengkritik perbezaan layanan terhadap sesetengah pihak dalam isu 3R (race, religion, royal).

Beliau mempersoalkan kenapa Orang Kena Tuduh (OKT) dalam kes menghina kalimah Allah pada stokin yang dijual di pasaraya KK Mart dibenar mengadap Yang Dipertuan Agong (YDPA), kerana ia melambangkan berlakunya gangguan proses mahkamah oleh Raja Melayu.

- Advertisement -

Pada masa yang sama che’GuBard menegur dalam kenyataannya, berlandaskan perlembagaan negara mempersoalkan adakah selepas ini OKT lain juga ada kesempatan mengadap YDPA atau ia hanya keistimewaan untuk ‘tauke kaya’ sahaja?

che’GuBard yang juga Seketeriat Pembela Tanah Air (PETA) menyoal, adakah terdapat layanan double standard kerana apabila ada sekumpulan aktivis Melayu tambil nyatakan sokongan terhadap Institusi Raja Melayu, mereka hanya menghantar memorandum di pondok jaga Istana sahaja.

“Namun bila tauke hina kalimah Allah diberi layanan mengadap Istimewa. Bahagian Protokol atau regim sebagai penasihat kepada Yang Di Pertuan Agong sebagai Raja Berpelembagaan sudah lakukan kesalahan dan merosakkan imej Raja Melayu”, ujar che’GuBard yang ditemui pemberita dalam sidang media depan Bukit Aman 11.30 pagi tadi.

- Advertisement -

Beliau juga mempersoalkan sikap ‘memilih kes’ oleh pembesar atau pegawai istana yang berdiam diri dan tidak melakukan laporan polis apabila seorang lelaki berbangsa India yang kuat terpengaruh dengan sentimen Malaysian Malaysia (slogan sentimen milik parti DAP) menghina Sultan dan videonya telah tular baru-baru ini.

che’GuBard juga menyalahkan pihak kerajaan Madani kerana cara mereka mengurus 3R yang tidak begitu peka terhadap kaum Melayu dan mendakwa kerajaan sengaja membiarkan isu itu terus bermain supaya dapat menutup kelemahan-kelemahan yang disuarakan rakyat seperti peningkatan harga barang dan kos kehidupan harian yang melambung tinggi.

Beliau bimbang institusi Raja Melayu hanya ‘diperalatkan’ oleh mereka yang tidak bertanggungjawab apabila diheret bersama ke kancah 3R.

“Di atas itu semua, puak ultra kiasu dan ekstrimis chauvanis atas nama Malaysian Malaysia terus ambil kesempatan semai perkauman dan Islamofobia. Puak ni memang anggap hak bumiputera dan Islam sebagai agama rasmi sebagai diskriminasi dari awal merdeka. Kini mereka berani besar kepala kerana ada kuasa”, ujar che’GuBard memberi amaran.

Beliau mempertahankan tindakan siaran penulisan sosial medianya pada 5 April lalu berdasarkan perlembagaan negara yang melindungi hak Melayu Islam dan ingin memelihara institusi Raja Melayu dari ‘diperkudakan’ oleh mereka yang mahu mengambil kesempatan.

“Rakyat tengah susah dan kerajaan gagal hampir sepenuhnya. Kepada marhaen semua, berjuanglah lawan ketakutan dan pembodohan”, ujarnya pada akhir kenyataan itu.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img