spot_img
spot_img

Peluang PN lebih cerah jika letak calon Melayu PAS atau Bersatu

spot_img

Petaling Jaya – Perikatan Nasional (PN) tidak perlu mengulangi kesalahan lalu akibat strategi yang tidak tepat di dalam meletakkan calon. PN akan berdepan cabaran kuat dalam misi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu di Selangor.

DUN tersebut merupakan kawasan marginal di mana pengundi Cina memainkan faktor besar dalam menentukan kemenangan. Pengundi Cina amat konsisten di dalam pengundian mereka dengan memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) melalui parti DAP.

Walaupun ada suara yang menyatakan bahawa pengundi Cina tidak berpuas hati dengan kerajaan perpaduan sekarang, tetapi dijangka ia hanya menyumbang akan sebilangan kecil pengundi Cina sahaja.

- Advertisement -

Penganalisis isu semasa, Dr Shahimi Suhaimi berkata PN boleh merampas kerusi DUN itu dengan majoriti tipis jika mereka boleh meletakkan calon Melayu yang berkaliber dari parti PAS atau Bersatu untuk mewakili PN.

“Pengundi Melayu membentuk 51%, Cina 46% dan selebihnya adalah kaum lain. Dengan kekuatan PN daripada undi Melayu yang sedia ada, dicampur dengan isu-isu kaum serta agama yang terkini, PN wajib berusaha mendapat majoriti Melayu sebanyak mungkin dan dicampur dengan undi kaum-kaum lain. Cara yang terbaik untuk merealisasikan undi itu adalah dengan meletakkan calon Melayu dari parti PAS atau pun Bersatu.

“Jika PN masih lagi ingin memberi laluan kepada Gerakan, hanya berdasarkan kepada Gerakan adalah ‘lawan DAP’, pasti formula itu tidak berjaya. Ia akan memecahkan undi Melayu kerana tiada calon Melayu di situ, dan pada masa sama peratusan Cina yang menyokong Gerakan amatlah rendah”, ujar Dr Shahimi.

- Advertisement -

Dr Shahimi mencadangkan PN melihat faktor pemilihan calon dan jumlah sokongan undi untuk kekuatan gabungan itu, bukan dari sudut menjaga hati rakan komponen.

“Dalam pilihanraya kita inginkan kemenangan. Tiada makna menjaga hati kawan jika tidak menang sebarang kerusi”, ujarnya lagi sambil mengingatkan prestasi buruk Gerakan sepanjang bersama PN.

Dr Shahimi juga menasihatkan jentera PN untuk bekerja kuat dari sekarang menawan hati orang Melayu dan jangan termakan strategi pihak lawan yang melaungkan berkemungkinan orang Cina tidak mengundi DAP atau peratusan keluar mengundi mereka rendah.

“Itu strategi DAP sendiri untuk PN menjadi alpa dan berasa selesa bahawa PN mungkin akan terima undi bukan Melayu. Sebenarnya tidak”, tegas beliau.

“Kesimpulannya, jika Gerakan bertanding di Kuala Kubu Baharu, PN sukar mendapat undi kaum Cina dan Melayu. Dalam keadaan ini, ia memudahkan kemenangan DAP. Jika PN meletak calon PAS atau Bersatu pula, ketidaktentuan di Kuala Kubu Baharu akan bertambah besar (untuk PN menang),” katanya.

Ditanya kemungkinan DAP meletak calon keturunan Melayu pula, penganalisis itu berkata, ia berkemungkinan.

“Pengundi Cina mereka fleksibel dan skop mereka lebih luas. Jika parti yang mereka sokong boleh berkuasa, mereka akan beri undi kepada siapa sahaja untuk peroleh kemenangan parti itu untuk memerintah. Lihatlah berapa ramai calon Melayu DAP yang menang dalam pilihanraya lalu. Jika calon Melayu diletak untuk menggantikan calon Cina, saya jangka sokongan orang Cina kepada DAP tetap sama,” katanya.

Wakil rakyat Kuala Kubu Baharu yang asal iaitu Lee Kee Hiong meninggal dunia akibat kanser.

Semasa pilihan raya negeri, Kee Hiong dari DAP berjaya mempertahankan Kuala Kubu Baharu dengan majoriti 4,119 undi.

 

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img