spot_img
spot_img

Dari 300, tinggal 40 sahaja pengeluar kenderaan dari China

spot_img
PADA hari ini, boleh dikatakan terdapat lambakan pengeluar kenderaan di pasaran, terutamanya dari China.
Ia seperti mengulang kembali era permulaan telefon pintar suatu ketika dahulu, memperlihatkan pelbagai jenama hadir, dan hanya beberapa sahaja yang tinggal pada hari ini.
Perkara sama turut dijangka berlaku pada industri automotif.
CEO Xpeng He Xiaopeng menyasarkan “fasa penyingkiran” akan bermula antara 2025 ke 2027, di mana persaingan akan lebih sengit bermula tahun ini, membuatkan beberapa pengeluar mungkin tidak bertahan dan mula keluar daripada industri berkenaan.
Di samping itu, dalam dekad akan datang, ia dikatakan sejumlah pengeluar dari China mungkin tidak berada dalam pasaran lagi.
Berkongsi lanjut, CEO Xpeng mengatakan daripada 300 syarikat pemula dulu, hanya sekitar 50 syarikat yang masih kekal beroperasi hari ini, dan sekitar 40 sahaja yang menjual kenderaan.
Dalam 10 tahun akan datang, China dijangka mempunyai sekitar tujuh hingga 10 jenama atau syarikat kenderaan sahaja.
Selain CEO Xpeng, beberapa pihak lain dalam industri automotif turut berpandangan sama.
Pelbagai syarikat kenderaan sedia ada sendiri menghadapi cabaran dalam mengadaptasi ke era kenderaan elektrik, termasuk melibatkan nama besar seperti Toyota, di samping Honda dan Nissan yang baru sahaja mengumumkan perancangan untuk mengabungkan syarikat.
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
- Advertisement -

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img