spot_img
spot_img

Arahan henti pendaftaran PADU oleh Sarawak dipersoal

spot_img

Tular mengenai arahan di Sarawak agar pejabat daerah memberhentikan pengisian borang dan online Pengkalan Data Utama (PADU) kepada rakyat Sarawak walaupun masih ada berbaki 9 hari lagi sebelum PADU ditutup pada 31 Mac ini.

Arahan tersebut di sahkan oleh beberapa pihak termasuk pihak GPS sendiri atas dakwaan “Keselamatan”.

Apakah itu alasan sebenar? Atau ia hanya satu tikar untuk menutup bangkai yang amat besar?

- Advertisement -

Pelik, satu sistem yang diluluskan oleh kabinet (termasuk menteri dari GPS) kini menghentikan pendaftaran sistem tersebut pada saat akhir. Apakah GPS tidak mahu rakyat Sarawak mendapat subsidi atau ada sesuatu lain yang tersembunyi?

Jika risau akan data rakyat Sarawak yang akan ‘dibogelkan’, bagaimana pula dengan data-data yang diambil melalui projek kerajaan negeri ? Ia tidak diketahui akan perlindungannya berbanding sistem PADU yang diiktiraf kerajaan persekutuan.

Mari kita imbas kembali ‘keghairahan’ projek kerajaan negeri Sarawak :

- Advertisement -

SARAWAK PAY:

Sarawakpay (Spay) adalah satu sistem pembayaran tanpa tunai yang dibangunkan oleh SiliconNet Technologis Sdn Bhd sebuah anak syarikat di bawah Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Spay mengambil data perbadi anda dan di simpan di dalam server yang di miliki oleh Silicon Technologies.

Namun begitu, Silicon technologies tidak menggunakan perkhidmatan payment gateway mereka sendiri. Sebaliknya, pada April 2019, mereka bekejasama dengan sebuah syarikat yang di namakan sebagai Union Pay.

Siapa Union Pay?

Union pay adalah sebuah syarikat yang di miliki sepenuhnya oleh Kerajaan China yang berpengkalan di Shanghai.

Di dalam Website Spay Sendiri, dalam laman Private Policy sarawak pay. Spay menulis:

In order to provide you with push notification services, S PAY GLOBAL integrates with Jiguang JPush Software Development Kit (SDK), which will collect your device information.

Terjemahan:

Untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan pemberitahuan dorongan, S PAY GLOBAL mengintegrasikan dengan Jiguang JPush Perisian Pembangunan Kit (SDK), yang akan mengumpul maklumat peranti anda.

Siapakah Jiguang?

Jiguang adalah sebuah syarikat di China yang beroperasi menyediakan platform kewangan tanpa tunai yang di kenali sebagai UnionPay yang 100% pemilikan adalah Kerajaan China.

Perbezaan Sistem PADU:

Pangkalan Data Utama (PADU) dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama iaitu :

1. Kementerian Ekonomi,
2. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan
3. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan penglibatan data dari lebih 300 agensi kerajaan.

Jadi – YB Karim dari Sarawak… Dari dua ni, data mana yang berkemungkinan boleh bocor keluar dan menyebabkan kerajaan dan rakyat TERBOGEL?

Sikap kenegerian harus dibuang dari setiap minda rakyat yang bernaung di bawah Perlembagaan Malaysia. Pemimpin politik harus bertanggungjawab akan arah tuju negara.

Pakar perlembagaan berpendapat, apabila politik persekutuan tidak stabil, maka akan pelbagai ransom atau ugutan, untuk sokongan kepada yang ‘memerlukan’ kuasa.

 

Sumber rujukan : Iswardy Morni 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img