spot_img
spot_img

UMNO pertahan kenyataan keras Ketua Pemudanya demi kesucian Islam

spot_img

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara menyokong penuh pendirian Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung kontroversi stoking  tertera kalimah Allah selepas berdepan tekanan daripada parti komponen dalam kerajaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata , UMNO akan berpegang kepada syarat dalam membentuk Kerajaan Perpaduan yang sesekali tidak akan meremehkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Beliau juga bertegas bahawa politik tertua negara itu akan terus membawa suara orang Melayu dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Beberapa pemimpin Kabinet dari parti komponen kerajaan menegur UMNO agar mengawal kenyataan keras Ketua Pemudanya Dr Akmal Nasir, tetapi MKT UMNO sebulat suara menyokong Ketua Pemudanya agar kesucian agama Islam tidak diremehkan.

Namun Asyraf berkata pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan menghormati pendirian UMNO itu. Beliau ditemui pemberita selepas mesyuarakat MKT UMNO semalam.

- Advertisement -

UMNO sangat bimbang isu-isu menggugat akidah Islam seperti dalam Filem Mentega Terbang, cadangan pewartaan Kampung Baharu Cina sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, Bak Kut Teh dan terkini isu kalimah Allah di stoking kaki adalah sebahagian daripada yang menjadi polemik memudaratkan.

Sehubungan itu, katanya, UMNO berpendirian tegas dan teguh dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menyeru agar semua lapisan masyarakat menjaga keharmonian negara dan tidak memainkan isu sensitif membabitkan Raja, Kaum dan Agama (3R).

“Malah UMNO turut mendokong penuh Titah Yang di-Pertua Agong yang mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati curang dan terlibat dalam sebarang usaha meremeh dan memperlekeh kalimah Allah.

- Advertisement -

“Sebagai parti yang menjadi benteng dan pemelihara kepada kedaulatan Islam dan kepentingan bangsa, UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan apa jua tindakan yang memperkotak-katikkan kesucian agama Islam.

“Demi memelihara keharmonian, kerukunan dan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama yang sudah lama terbina di negara tercinta ini, UMNO menyeru  semua agar isu-isu mutakhir ini dijadikan sebagai sempadan dan pengajaran penting supaya tidak berulang kembali,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img