spot_img
spot_img

Malaysia kutuk keganasan Zionis di pusat bantuan UNRWA

spot_img

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan maut rejim Zionis Israel ke atas pusat pengedaran makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bahagian timur Rafah, di selatan Gaza, pada 13 Mac baru-baru ini

Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini, melalui Wisma Putra berkata seorang pekerja organisasi kemanusiaan United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) untuk pelarian Palestine terbunuh dan 22 lagi cedera dalam keganasan itu.

Wisma Putra mengiktiraf peranan UNRWA sebagai talian hayat untuk berjuta-juta rakyat Palestin yang menjadi sasaran yang disengajakan Zionis ke atas beberapa pusat pengedaran bantuan yang tinggal di Gaza. Wisma Putra menekankan ia adalah menyalahi undang-undang, sama sekali tidak wajar dan memalukan.

- Advertisement -

“Malaysia mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata selamanya serta-merta untuk menghentikan pembunuhan nyawa yang tidak bersalah dan memastikan akses bantuan tanpa halangan, selamat, mencukupi dan berterusan termasuk bahan api, makanan dan ubat-ubatan di seluruh Gaza.

“Keganasan yang melampau dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin dan serangan rambang terhadap kakitangan dan wartawan PBB mesti dihentikan sekarang,” kata Wisma Putra.

Wisma Putra berkata ketiadaan tindakan masyarakat antarabangsa mengakibatkan kehilangan nyawa yang terlalu ramai dan memanjangkan penderitaan rakyat Palestin.

- Advertisement -

Wisma Putra menekankan perlunya bagi semua negara menunaikan tanggungjawab kemanusiaan, etika dan undang-undang mereka kepada rakyat Palestin di Bulan Suci Ramadan ini.

“Sejak awal konflik, sekurang-kurangnya 165 ahli pasukan UNRWA telah terbunuh, termasuk mereka yang bertugas, lebih 150 kemudahan UNRWA musnah, sekolah, dan lebih 400 orang terbunuh ketika mencari perlindungan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Serangan yang disengajakan ke atas kemudahan, konvoi dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah pengabaian terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata kementerian itu.
Wisma Putra juga menyatakan bahawa Malaysia tetap berpegang pada pendirian prinsipnya bahawa rakyat Palestin sememangnya berhak untuk merealisasikan negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
Sumber — Bernama

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img