spot_img
spot_img

Tahap gaji Cina tinggi, Melayu rendah

spot_img

PETALING JAYA: Pendapatan yang lebih rendah menjadi salah satu faktor kadar simpanan pencarum Melayu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lebih rendah berbanding kaum lain di negara ini.

Walaupun pencarum dalam kalangan pekerja Melayu berjumlah berjumlah 8.13 juta orang tetapi jumlah simpanan mereka dalam tabung persaraan itu hanya sebanyak RM332 bilion.

Berdasarkan maklumat KWSP ketika pengumuman dividen baru-baru ini, kadar caruman kaum Cina merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak RM613.68 bilion yang membabitkan hasil caruman 4.37 juta ahli, setakat 31 Disember 2023.

- Advertisement -

Ini bermakna secara purata, pencarum kaum Melayu mempunyai purata simpanan sebanyak RM40,827 dengan median simpanan semua umur sebanyak RM7,838 dan median simpanan bagi ahli berumur bawah 55 tahun sebanyak RM8,950.

Berbanding orang Cina memiliki purata simpanan RM140,285 bagi seorang ahli dan median simpanan semua umur sebanyak RM43,595 serta median simpanan bagi ahli berumur bawah 55 tahun adalah RM48,627.

Bagi kaum India pula, jumlah simpanan bagi 1.33 juta ahli adalah sebanyak RM89.67 bilion dengan purata simpanan sebanyak RM67,602 manakala median simpanan semua umur sebanyak RM14,488 serta median simpanan ahli berumur bawah 55 tahun adalah RM17,375.

- Advertisement -

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, rata-rata kaum Melayu memiliki pendapatan dan gaji rendah sekali gus menyebabkan kadar caruman dan simpanan tabungan persaraan rendah walaupun memiliki jumlah ahli teramai iaitu 8.13 juta orang.

Katanya, tabungan KWSP bergantung kepada nilai pendapatan pekerja yang dilakukan menerusi caruman majikan dan gaji pekerja.

“Kurang simpanan tabungan persaraan orang Melayu menunjukkan kesenjangan atau jurang pendapatan antara kaum masih wujud, apabila orang Melayu masih berpendapatan kecil dan menyebabkan caruman rendah jika dibandingkan dengan kaum lain.

“Ramai melihat tanggapan bahawa majikan atau syarikat bukan Melayu melebihkan caruman pekerja untuk pekerja. Sebenarnya kita perlu melihat daripada segi pendapatan sendiri, jika rendah maka caruman pun kecil,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada tahun lalu, Dewan Rakyat dimaklumkan kesan pengeluaran KWSP juga menyebabkan median simpanan tujuh juta ahli Melayu ketika itu telah menurun kepada RM5,500 berbanding RM16,900 pada 2020.

Mohd. Afzanizam berkata, dominasi orang Melayu dalam perkhidmatan awam tidak mempengaruhi jumlah simpanan pencarum kerana penyertaan mereka masih kecil jika dibandingkan jumlah keseluruhan 8.13 juta ahli KWSP.

“Dalam kalangan 1.7 juta penjawat awam, mungkin ada sebahagian memilih skim persaraan dan terdapat juga caruman KWSP. Ini bermakna dominasi orang Melayu dalam kerajaan dengan memilih skim persaraan tidak memberi banyak kesan kadar simpanan pencarum,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata, orang Melayu perlu meningkatkan hasil pendapatan bulanan yang akan menyumbang kepada pertambahan kepada tabungan simpanan hari tua.

“Namun beberapa perkara perlu diselesaikan khususnya soal pendidikan, apabila kebanyakan orang Melayu tidak memiliki kelulusan tinggi dan menyebabkan memperoleh gaji dan pendapatan lebih rendah berbanding kaum lain,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi, Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, perbezaan jumlah simpanan tersebut berpunca daripada jurang pendapatan yang wujud antara pencarum Melayu dan bukan bumiputera.

Kata beliau, ia turut menunjukkan bahawa pekerja Cina memperoleh pendapatan yang lebih tinggi berbanding pekerja Melayu berdasarkan perbezaan daripada jumlah simpanan dan pencarum.

“Dari segi bilangan pencarum, bumiputera lebih ramai tetapi jumlah caruman menunjukkan bukan bumiputera pula lebih tinggi. Ini disebabkan purata gaji kaum bukan bumiputera lebih tinggi daripada bumiputera.

“Ini semua bergantung kepada jumlah pendapatan diterima iaitu lebih besar pendapatan diterimanya maka lebih besar simpanan yang akan dibuat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kaum Cina mendahului median upah bulanan tertinggi iaitu RM4,000 pada Mac lalu berbanding etnik lain.

Berdasarkan statistik Upah Pekerja Suku Pertama Sektor Formal yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kaum Cina mendahului median upah bulan tertinggi iaitu RM4,000 pada Mac dan diikuti kaum India menduduki dengan median upah bulanan RM2,500.

Sementara itu, median upah bulanan bagi kaum bumiputera pula hanya RM2,000 iaitu sama dengan lain-lain etnik.

Mengulas lanjut, Dr. Barjoyai berkata, sekiranya jumlah simpanan bagi ahli Melayu dan bumiputera itu berterusan sedikit walaupun mempunyai bilangan pencarum yang tinggi maka akan memberi kesan menjelang ‘hari tua’ mereka kelak.

“Kita sudah kira memang jumlah simpanan untuk hari tua bumiputera tidak mencukupi sebab sepatutnya setiap ahli perlu mempunyai simpanan RM1 juta, barulah mereka boleh bersara dengan selesa.

“Sasaran KWSP hanya RM250,000 iaitu jauh dari apa kita rasakan perlu ada kerana jika jumlah tersebut sahaja maka mereka hanya bersara dengan RM1,000 sebulan dan itu pun dikatakan kurang daripada 30 peratus akan mencapai nilai berkenaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat jumlah yang besar daripada kalangan orang muda yang tidak mencarum ekoran terlibat dengan industri yang tidak diwajibkan mencarum seperti ekonomi gig ataupun tidak mempunyai pekerjaan tetap langsung.

“Selepas ini kita ada akaun tiga yang membolehkan setiap orang mencarum, di mana semua individu digalakkan membuat simpanan. Tidak mengira terlibat dalam industri mana sekali pun seperti ekonomi gig.

“Harap-harap dengan akaun tiga itu, bumiputera akan lebih galak untuk menyimpan. Namun, perlu akui bahawa ini semua akan bergantung pada lebihan wang yang mereka ada kerana jika tidak ada lebihan bagaimana pula untuk mereka melabur,” katanya.

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img