Putrajaya 6 Mac : Tular video pelancaran pembukaan cawangan kedai kopi Starbuck di bangunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di sini.
Starbuck kini berhadapan dengan pemboikotan dari seluruh dunia Islam kerana mereka secara terbuka menyokong Zionis Israel.
Sejak pencerobohan Zionis Israel meletus dengan paling dahsyat pada 7 Oktober tahun lalu, masyarakat dunia menyatakan protes terhadap keganasan itu. Termasuk dengan para pekerja Starbuck di Amerika Syarikat. Namun para pekerja itu dikenakan tindakan mahkamah kerana menyatakan sokongan mereka kepada Palestine.
Ekoran itu, masyarakat dunia juga memulakan pemboikotan terhadap Starbuck hingga menyebabkan mereka mengalami kerugian teruk termasuk di Malaysia. Pemilik Starbuck Malaysia, hartawan Vincent Tan juga merayu rakyat Malaysia jangan memboikot kerana dakwanya rakyat Malaysia yang ‘sengsara’.
9031250fec8b492081a2f4aebcb0eac8
(Video perasmian Starbuck di KPKT 👆)
Kelihatan di video itu adalah menterinya, Nga Kor Ming, timbalan menteri KPKT Akmal Nasir dan pemilik Starbuck Malaysia Vincent Tan. Ramai kakitangan yang turut serta dan pekerja Starbuck yang 100% orang Melayu.
#Berita Tular kekal berpendirian memboikot semua perniagaan yang bersekongkol menyebabkan kesengsaraan rakyat Palestine. Berperang tidak mampu, sekat nafsu minum Starbuck juga tidak mampu ? Lemahnya umat Islam