spot_img
spot_img

PM lulus peruntukan RM1bilion untuk start-up Bumiputera

spot_img

PUTRAJAYA, 2 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau meluluskan RM1 bilion untuk membiayai projek yang bertujuan mewujudkan kelas keusahawanan Bumiputera, yang dinamakan Tabung Wakaf MARA Madani dengan sasaran dana berjumlah RM1 bilion dalam tempoh dua tahun bagi memperkasakan agenda bumiputera.

Ia merupakan salah satu daripada beberapa pengumuman perbelanjaan utama untuk memenuhi dan melengkapkan cadangan yang dibuat pada Kongres Ekonomi Bumiputera ketujuh di sini.

Tabung tersebut akan diterajui MARA dan dilaksanakan oleh Yayasan Pelajaran MARA selari dengan hasrat penubuhan agensi tersebut.

- Advertisement -

Katanya, prestasi Wakaf MARA Madani akan dilaporkan secara berkala kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam selepas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memberitahu kongres bahawa kerajaan akan mempercepatkan usaha untuk menubuhkan modal keusahawan khusus untuk Bumiputera sahaja yang akan digunakan untuk melabur dalam syarikat-syarikat permulaan yang berpotensi yang diterajui oleh kaum bumiputera.

“Saya sukacita memaklumkan anak-anak kita daripada persatuan alumni MARA dan kepimpinan MARA telah menggesa supaya ada rencana wakaf yang bukan sahaja memerlukan huluran dana kerajaan tetapi mengajak rakyat yang dahulunya dari kelompok paling miskin yang diberi peluang dan berlakunya mobilasi sosial diangkat kedudukan mereka sebagai profesional dan peniaga.

- Advertisement -

“Maka dengan ini saya umumkan penubuhan Wakaf MARA Madani. Geran peluncuran RM100 juta,” kata Anwar ketika berucap pada Majlis Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img