spot_img
spot_img

Ekonomi boleh dirasai, bukan dengan ‘pengunguman’ sahaja

spot_img

Putrajaya : Apabila masyarakat umum berbicara soal ekonomi, ia tidak seperti ahli ekonomi atau menteri berbicara . Tiada peratusan atau indek akan digunakan sebagai kayu ukur.

Ia mudah. Berdasarkan kehidupan seharian sahaja. Mengambil contoh, sebelum berlakunya ‘boikot’ terhadap KFC, sudah kedengaran ‘ayam goreng makin mengecil’ dan sepinggan snack plate menjadi mahal. RM20 untuk dua ketul ayam, dua side dishes kecil serta air berkarbonat. Mahal !

Sepuluh tahun lalu hanya RM10 . Ini bermaksud kos hidup semakin mahal, kualiti yang diterima semakin susut nilai tidak sama dengan nilai wang semasa.

- Advertisement -

(Harga KFC sebelum 2015)

Hikmahnya adalah lebih berbaloi cuba ayam goreng tempatan yang lebih enak atau rasa seakan-akan KFC bagi mereka yang memboikot.

- Advertisement -

Manakala Mac ini, rakyat Malaysia akan mula menghadapi kenaikan cukai iaitu SST (sale and service tax) . Pastinya harga kita makan direstoran juga akan meningkat. Peniaga restoran terkesan .

Kita sebagai pengguna tidak boleh lagi menikmati kualiti servis yang terbaik. Ini disebabkan pihak pengusaha pastinya akan cuba mengurangkan kos-kos . Harga yang mahal, tetapi servis dan kualiti yang diterima akan kurang.

Sebagai contoh jika anda menginap di hotel, mungkin servis makanan akan jadi lebih mahal, tiada lagi lebihan kopi, jajan atau bath rope diberikan percuma di bilik . Atau mungkin tiada lagi welcoming drinks !

Kelebihan mungkin akan kepada pengusaha Airbnb jika mereka tidak menaikkan harga.

Sebab itu bagi orang kaya, mereka rasa lebih berbaloi berbelanja di luar negara seperti Eropah, Dubai dan sebagainya kerana nilai untuk wang itu setimpal. Manakala bagi rakyat pertengahan dan ke bawah, mungkin melancong ke negara destinasi popular yang dekat seperti Indonesia atau Thailand akan terus menjadi pilihan kerana makanannya yang lebih berbaloi dan murah berbanding bercuti dalam negara.

Rakyat Malaysia mudah ‘diurus’ kerajaan kerana mereka sangat baik. Jika apa sahaja yang naik seperti pengangkutan, tol, bil-bil dan lain-lain, rakyat hanya menurut. Tidak sama seperti negara lain. Sebagai contoh di Perancis baru-baru ini peladang-peladang mereka masuk ke bandar Paris dengan membawa mesin jentolak dan menghalang lalu lintas kerana tidak berpuas hati dengan dasar pertanian negara yang menekan para petani.

Rakyat Malaysia patut mendapat lebih kualiti kehidupan seiring dengan arus pemodenan negara, seperti negara jiran Singapura. Bukan hanya sekumpulan elitis yang terus mengaut keuntungan kerana mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan mahupun kerabat diraja.

Rakyat berharap kerajaan Madani mampu memberi ‘rasa’ yang baik terhadap hidup seharian rakyat, bukan hanya pengunguman-pengunguman FDI oleh menteri atau bantuan-bantuan seperti memberi gula-gula. Kerajaan perlu kerja kuat bagi mengembalikan ekonomi negara seperti tahun 80-an dan 90-an di mana rakyat stabil dan tidak terbeban – walaupun mungkin ada mengkritik pemimpin di waktu itu, tetapi cubalah tanya rakyat yang hidup di era itu bagaimana keadaannya .

Begitu juga di pihak pembangkang dan semua ahli-ahli politik. Tolong berikan imej negara yang baik kerana ia akan memberi pancaran kestabilan ke peringkat global. Jika hari-hari dengar pembangkang asyik kritik, mahu tukar kerajaan atau merajuk lari keluar parlimen tanpa membawa isu-isu kritikal untuk kebaikan rakyat, agak sukar juga bagi sesiapa jua yang memerintah yang ingin melaksanakan kerja dengan sempurna kerana kerja politik melebihi kerja mengurus negara. Jadi semua pihak harus bekerja dan memainkan peranan. Tinggalkan dulu soal politik dan kuasa hinggalah di pilihanraya kelak.

Rakyat juga jika boleh utamakan berbelanja di dalam negara dan elak membuat aliran wang keluar dari dalam negara. Utamakan barangan tempatan .

*Pendapat editorial Berita Tular yang bipartisan dan mengambil berat akan masa depan negara

 

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img