Bayan Lepas, 27 Feb ― Kerajaan telah memberi kelulusan untuk pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) bernilai RM1 bilion, yang akan dikendalikan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Menurut Loke, kos sebenar hanya akan ditentukan selepas proses tender kerana terdapat juga rancangan untuk memperbesar dan menaik taraf kemudahan dan infrastruktur berhampiran lapangan terbang.
Loke ditemui pemberita pada acara Routes Asia 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi hari ini. Loke berkata, kerajaan berharap keseluruhan projek ini dapat dimulakan segera tahun ini dan siap dalam tempoh kira-kira empat tahun.