spot_img
spot_img

Gergasi dunia pilih Singapura berbanding Hong Kong untuk tubuh HQ serantau

spot_img

SINGAPURA: Lebih banyak syarikat multinasional memilih Singapura berbanding Hong Kong untuk menubuhkan ibu pejabat mereka, menurut laporan Bloomberg.

Singapura berjaya merebut tempat utama dalam persaingan destinasi perniagaan utama di rantau Asia.

Kini lebih 4,200 firma multinasional global hingga tahun 2023 telah bertapak di negara kota itu di mana pesaing terdekat, Hong Kong hanya mempunyai 1,336 firma pada tahun yang sama.

- Advertisement -

Antara syarikat gergasi dan terkemuka dunia yang menubuhkan ibu pejabat di Singapura termasuk Microsoft, Google, FedEx, Rolls-Royce dan Mead Johnson.

Gergasi seperti peruncit fesyen dalam talian Shein dari China dan firma media sosial TikTok – juga mempunyai HQ perniagaan di negara itu.

Syarikat- syarikat negara China juga memilih Singapura untuk ‘keselamatan’ dari geo-politik.

- Advertisement -

Ini kerana Singapura mempunyai hubungan yang baik dengan Barat berbanding kerajaan komunis China, disamping tenaga buruh mahir dan insentif cukai yang menarik bagi perniagaan.

Syarikat-syarikat itu mungkin meletakkan Singapura lebih tinggi dari segi kestabilan politik dan kebebasan di tengah-tengah risiko geopolitik yang tinggi di rantau ini yang kebanyakkannya terdiri daripada negara-negara membangun, kurang pro-Barat sepenuhnya, juga korupsi berleluasa dan ketidakstabilan politik.

Di samping itu, Singapura telah menyasarkan insentif untuk syarikat asing yang ingin menubuhkan hab serantau, pendekatan yang menurut Bloomberg membuahkan hasil.

Menurut sumber itu lagi, terdapat beberapa gergasi baru menyertai menubuhkan HQ di Singapura, termasuk syarikat teknologi Alibaba dan Huawei Technologies dari China serta pembuat kenderaan elektrik Nio.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img