spot_img
spot_img

Berjaya Group sedang berusaha mendapa kerja pasang tol tanpa palang

spot_img

KUALA LUMPUR: Berjaya Group, milik Tan Sri Vincent Tan dipercayai sedang berusaha untuk mendapat kerja daripada syarikat konsesi lebuh raya dalam bidaan untuk memasang sistem tanpa palang di plaza tol.

Menurut sumber yang dipetik oleh FMT yang berkata cadangan itu dibuat selepas 32 syarikat konsesi tol lebuh raya menentang langkah kerajaan melantik unit YTL Holdings Bhd bagi menghasilkan sistem tanpa palang itu.

Sumber itu berkata, eksekutif kanan Berjaya telah mengadakan mesyuarat dengan wakil 32 syarikat konsesi untuk menjelaskan perkara yang mereka fikirkan dan mendapatkan maklum balas mereka sebelum mengemukakan cadangan terakhirnya kepada Kementerian Kerja Raya.

Beliau berkata, tawaran Berjaya itu lebih menarik berbanding cadangan sebelum ini yang masih dalam pertimbangan kerajaan.

- Advertisement -

“Pada asasnya, rancangan mereka adalah apa yang kami mahu, untuk membenarkan syarikat lebuh raya membina pondok tol aliran bebas pelbagai lorong manakala Berjaya atau syarikat lain menyediakan perkhidmatan kutipan tol.

“Di bawah rancangan ini, syarikat konsesi akan mendapat pendapatan mereka pada hari berikutnya, seperti yang diamalkan sekarang,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata, syarikat konsesi juga mencadangkan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kutipan tol itu akan menjaga kebocoran pendapatan yang timbul apabila pondok tol berpalang dibuang.

- Advertisement -

“Kami tidak mahu terperangkap dengan mengesan pemandu yang memandu lalu tanpa membayar,” katanya kepada FMT.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img