spot_img
spot_img

Perpecahan politik : Ruginya adalah orang Melayu

spot_img

Kuala Lumpur : Yang Dipertuan Agong hari ini bakal ditabalkan yang baharu. Penggal Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah menyaksikan pertukaran 3 Perdana Menteri dalam satu penggal dan yang terakhir idea baginda untuk kerajaan perpaduan selepas Pilihanraya Umum ke 15 lalu yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Baginda juga bertitah dalam wawancara terakhir sebelum menurun takhta sebagai Agong semalam, menasihatkan rakyat Malaysia jangan kerap kali menukar kerajaan kerana ia tidak membawa sebarang faedah kepada negara. Baginda mahu rakyat mengikut perlembagaan iaitu melakukannya menerusi pilihanraya. Begitu juga nasihat baginda kepada ahli politik supaya tidak berpolitik sepanjang masa, cukuplah lima tahun sekali semasa pilihanraya umum.

Namun walau apa pun terjadi, pola sokongan pada PRU16 kelak dijangka tidak akan berubah jika komponen-komponen parti yang ada sekarang tidak berlaku sebarang perubahan; antara PH-BN dan Perikatan Nasional (PN).

- Advertisement -

PH-BN akan tetap kehilangan undi orang Melayu luar bandar dan separuh kawasan separa bandar, di mana segmen itu akan memberi sokongan jitu kepada parti PN.

Komponen terkuat dalam PN dan pembangkang terbesar di Malaysia kini, PAS optimis orang Melayu akan kekal menyokong PN pada Pilihan Raya ke 16 meskipun beberapa ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beralih arah menyokong ke­pimpinan Perdana Menteri hari ini.

Isu-isu yang di bawa PN menyentuh orang Melayu seperti kegagalan kerajaan tidak menunaikan janji serta beberapa isu yang membuatkan orang Melayu khususnya terkesan. Walaupun perkara-perkara berbangkit itu telah diberi penjelasan oleh kerajaan, namun ia tidak mampu melawan faktor negative news atau negative feelings terhadap kerajaan.

- Advertisement -

Sebagai contoh isu pencen. Ia belum dilaksanakan lagi, PM berkata diperingkat kajian dan ia telah dikaji sejak era 90-an lagi, tetapi kerajaan-kerajaan sebelum ini tidak mempunyai kekuatan politik untuk melaksanakannya. Kini apabila sudah tiba kemuncak kewangan yang ketat, kerajaan tiada pilihan untuk mengkaji semula skim pencen dan skim gaji bagi penjawat awam baru, manakala penjawat awam lama tidak terusik. Namun, PN berjaya memainkan isu ini sebagai ‘ancaman kepada orang Melayu, oleh kerajaan yang dikuasai DAP’.

Seperti biasa, DAP kini adalah ‘senjata makan tuan’ akibat strategi ahli politik UMNO dahulu yang menanam kebencian terhadap parti itu berdekad lamanya. Ironinya, semua parti politik di Malaysia pernah bekerjasama dengan DAP, demi mencapai tampuk pemerintahan negara.

Orang Melayu akan mengalami kerugian jika parti-parti politik mereka tidak bergabung. Parti politik Melayu yang berpecah-belah tidak akan berjaya membentuk kerajaan persekutuan kerana mereka memerlukan parlimen kawasan bukan Melayu dan majmuk. Ini yang dimiliki oleh PH. Dicampur dengan kawasan Melayu seperti di Johor yang milik UMNO, ia membolehkan PH-BN memerintah negara bersama dengan gabungan dari Borneo.

Manakala PAS, akan memerintah sebagai pembangkang di dalam kerajaan persekutuan dan menjadi kerajaan di negeri sendiri seperti sekarang iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Maka suara majoriti Melayu di parlimen dapat diimbangi oleh majoriti bukan Melayu. Di sinilah orang Melayu harus membuka mata dan bijak di dalam politik demi masa hadapan mereka dan negara.

Jika masih bermain politik sentimen, taksub kepada pemimpin atau parti, maka orang Melayu akan tetap berbalah hingga pilihanraya yang seterusnya. Amat berbahaya jika kaum majoriti berpecah. Ia akan mengundang ketidakstabilan kepada negara, kelemahan pentadbiran serta polisi tidak tetap oleh kerajaan memerintah.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img