spot_img
spot_img

Henti gugat kerajaan, jangan cipta banyak masalah pada negara

spot_img

Penyokong utama kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ahli politik negara ini supaya berhenti menggugat kerajaan, kerana negara memerlukan kestabilan politik untuk memberi tumpuan kepada cabaran ekonomi yang mendesak.

Abang Johari Tun Openg – yang mengetuai negeri terbesar Malaysia, Sarawak, di pulau Borneo – berkata beliau telah memberitahu rakan politiknya dari parti-parti yang lain untuk “berhenti mencipta begitu banyak masalah” untuk kerajaan yang berusia yang baru berusia 14 bulan itu.

“Terdapat banyak masalah luaran yang boleh menjejaskan kita,” kata ketua menteri itu yang dipetik dari Bloomberg News di pejabatnya, Kuching. Beliau juga menambah bahawa “pemimpin tidak boleh menumpukan perhatian” jika ahli politik tempatan terus mencipta ketidakstabilan.

- Advertisement -

Amaran daripada Abang Jo, sebagai ketua menteri yang kini berusia 73 tahun, beliau menjamin bahawa partinya iaitu Gabungan Parti Sarawak, berada di belakang Anwar. GPS – yang mempunyai 23 kerusi dalam dewan rakyat Malaysia yang mempunyai 222 anggota – sebelum ini dihampiri oleh kedua-dua Anwar dan, Muhyiddin Yassin, selepas keputusan PRU15 menemui titik buntu dalam membentuk kerajaan.

“Kami mahu kerajaan persekutuan yang stabil tanpa mengira siapa yang berkuasa,” kata Abang Johari. Sejak Perdana Menteri Najib Razak berundur berikutan pilihan raya 2018, perdana menteri Malaysia telah bertahan kurang daripada dua tahun secara purata.

Kebimbangan pada kestabilan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh pembangkang, berisiko mencetuskan persepsi negatif pelabur terhadap risiko politik dan dasar Malaysia, menghalang daya saing ekonomi jangka panjang negara.

- Advertisement -

Kekacauan itu telah menjejaskan mata wang Malaysia, dengan ringgit merupakan mata wang yang berprestasi paling teruk sejak awal 2023 dalam kalangan pasaran sedang pesat membangun di Asia.

Sokongan terhadap Anwar juga merosot kepada 50% pada akhir tahun lepas daripada 68% pada Disember 2022. Kira-kira 43% responden berkata mereka tidak berpuas hati dengan ekonomi, meningkat daripada 19% sejurus selepas beliau mengambil alih kuasa.

Tetapi dengan Anwar berjaya mengetepikan lawan politiknya buat masa ini, perkongsian yang telah dijalinkan dengan Abang Johari bersama kerajaan persekutuan telah menjadi rahmat untuk Sarawak dan penduduknya kira-kira 2.8 juta orang. Ketua Menteri atau kini dikenali sebagai Premier Sarawak berkata beliau meneruskan rancangan untuk Sarawak memiliki bank sendiri, pelabuhan dan syarikat penerbangan sendiri, sambil menyediakan pendidikan tinggi percuma untuk penduduk tempatan.

“Abang Johari dan Anwar memerlukan antara satu sama lain,” kata Awang Azman Awang Pawi, seorang penganalisis sosio-politik dari Universiti Malaya. Beliau berkata pengundi negeri itu mungkin tidak terpesona dengan alternatif kepada Anwar – parti Islam PAS, parti pembangkang nasional terbesar.

Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia dengan majoriti penduduk bukan Islam.

Dalam temu bual dengan Bloomberg itu, Abang Johari berkata beliau gembira dengan cara Anwar berurusan dengan Sarawak, dibuktikan dengan memudahkan pemindahan pelabuhan Bintulu dan menyokong Sarawak mengambil alih anak syarikat Malaysia Airlines, MASWings — satu langkah yang akan menjadikan Sarawak, negeri pertama di Malaysia yang mempunyai syarikat penerbangan sendiri.

Abang Johari berkata syarikat penerbangan itu merupakan aset strategik bagi negeri ini, yang mahu melihat tambang penerbangan stabil bagi membantu meningkatkan perjalanan antara Borneo, sebuah pulau yang dibahagikan antara Malaysia, Indonesia dan Brunei.

“Kami adalah sebuah pulau, anda perlu terbang,” katanya. “Jika kami tidak menstabilkan harga, maka kami berada dalam situasi yang sukar.”

Sarawak juga kelihatan bersedia untuk memuktamadkan perjanjian untuk memiliki bank sendiri dalam masa terdekat. Abang Johari berkata terdapat “bank di pasaran” dan usaha untuk mendapatkan kelulusan kawal selia untuk pengambilalihan sedang dijalankan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img