spot_img
spot_img

Skim pencen telah dikaji sejak 90’an lagi

spot_img

IPOH, 28 Jan — Kerajaan menafikan bahawa cadangan untuk memansuhkan skim pencen bagi penjawat awam baharu akan menyusahkan orang Melayu, yang merupakan majoriti dalam perkhidmatan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan itu telah diteliti sejak sekian lama memandangkan terdapat keperluan untuk skim perkhidmatan baharu bagi mengelak risiko negara muflis dan generasi akan datang berdepan masalah.

“Malah sudah bertahun-tahun dikaji, kalau tidak silap sejak tahun 90-an, tetapi tiada kekuatan politik untuk melaksanakannya.

- Advertisement -

Anwar berkata pembangkang hanya tahu memainkan isu aniaya orang Melayu dan ‘cadangan DAP’, tetapi mereka tidak mengemukakan fakta. Malah kata beliau, beberapa negara maju telah pun memansuhkan sistem pencen penjawat awam.

Beliau berkata lagi ahli politik juga akan terkesan dengan skim tidak berpencen itu, bukan sahaja untuk penjawat awam baharu. “Terpulang kepada mereka jika mereka tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana tidak ada pencen lagi,” kata ahli parlimen Tambun itu.

Kerajaan menegaskan bahawa cadangan ini langsung tidak akan menjejaskan status pencen penjawat awam sedia ada.

- Advertisement -

Anwar juga menegaskan komitmen kerajaan untuk menaikkan kadar imbuhan penjawat awam mengikut kemampuannya.

“Selama 12 tahun penjawat awam tidak diberi sebarang pelarasan, tiada komitmen untuk meningkatkan kadar gaji mereka.

Anwar berjanji walaupun kerajaan menghadapi kekangan kewangan, kenaikan gaji penjawat awam tidak akan ditangguhkan lagi, ia akan dilaksanakan secepat mungkin.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img