spot_img
spot_img

Nasib Bersatu : Muhyiddin tiada hala tuju, Hamzah pula skandal minyak subsidi.

spot_img

PUCHONG 27 Januari: Semalam, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendedahkan bahawa Bersatu kini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ‘Kem Presiden’ dan ‘Kem Setiausaha Agung’ selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pusingan ‘u’ ketika mengumumkan akan mempertahankan jawatannya.

Beliau mendakwa, kesemua 31 Ahli Parlimen Bersatu sebenarnya menyokong Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut untuk memimpin parti tersebut. Tetapi di antara mereka masih ramai yang play safe dan tidak berani bersuara.

Bagaimanapun, katanya, ia mengundang kecewa di kalangan ahli-ahli Parlimen mereka apabila Muhyiddin membuat pusingan ‘u’ untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden parti pada pemilihan akan datang, malah paling melemahkan keadaan itu, pusingan ‘u’ itu dibuat berdasarkan atas ‘nasihat isteri’.

- Advertisement -

Syed Abu Hussin berkata para ahli parlimen Bersatu melihat Hamzah mempunyai potensi sangat besar untuk memimpin Bersatu. Pada masa yang sama, ahli parlimen Larut itu juga dilihat ada kesediaan dan kebolehan tersebut, katanya lagi.

Syed Abu Hussin Hafiz berkata, tindakan Muhyiddin membuat pusingan ‘u’ kerana nasihat isteri dalam keputusan mempertahankan jawatannya juga menjadikan Bersatu tiada hala tuju jelas untuk mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16). Baginya apabila ‘u-turn’ itu terjadi, ia merupakan keputusan yang sangat besar kerana berkaitan hala tuju parti.

“Beliau mahu bawa Ahli Parlimen untuk membina masa depan negara tetapi boleh buat ‘u-turn’ dengan mudah atas permintaan isteri. Saya tidak salahkan isteri beliau, tetapi keputusan sebagai pemimpin parti dengan berdepan pelbagai cabaran maka ia sangat penting,” katanya.

- Advertisement -

Pada November tahun lalu, Muhyiddin membuat pusingan ‘u’ apabila memaklumkan beliau akan bertanding jawatan Presiden Bersatu pada pemilihan parti akan datang sedangkan pada hari sebelumnya belum mengumumkan untuk tidak berbuat demikian.

Menjelaskan keputusan itu, katanya, ia selepas berbincang dengan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang mahu beliau untuk terus mencurahkan khidmat kepada negara.

“Sebenarnya, kuasa yang paling besar yang saya nak sebutkan di sini bukan Perhimpunan Agung Tahunan. Kuasa besar (keputusan dibuat) tidak lain adalah isteri saya,” kata Muhyiddin pada perhimpunan itu.

Tegas Syed Abu Hussin Hafiz, tindakan Muhyiddin tersebut menyebabkan kepimpinan Bersatu melemahkan moral mereka kerana menunjukkan bahawa parti tersebut tidak mempunyai hala tuju jelas.

Namun pada pandangan penganalisis politik, dengan kepimpinan Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga Bersatu tidak akan mendapat ‘sinar’ baru yang diharapkan oleh ahli-ahli akar umbi. Ini kerana UMNO, pesaing terkuat Bersatu pastinya akan terus ‘melanyak’ dan ingin menenggelamkan parti baru itu apabila dipimpin oleh pengkhianat UMNO. Ditambah dengan Hamzah juga mempunyai skandal yang melibatkan minyak masak bersubsidi di mana anaknya kini dituduh di mahkamah di atas penyelewengan tersebut.

“Biar akar umbi memilih sendiri pemimpin mereka pada pemilihan parti, bukan beberapa kerat ahli parlimen. Ahli-ahli parlimen Bersatu ini pun banyak yang import juga, bukan berasal original dari Bersatu”, kata ahli Bersatu yang dihubungi dan tidak mahu dinamakan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img