spot_img
spot_img

Pesaing Grab di Vietnam raih $30juta

spot_img

(10 Jan): Kumpulan Be Vietnam berjaya mendapatkan 739.5 bilion dong ($30 juta) untuk perkembangan yang pantas dan bersaing dengan syarikat yang lebih besar, iaitu Grab Holdings Ltd dalam sektor ride-hailing dan penghantaran makanan.

Firma tempatan Vietnam, VPBank Securities menyediakan pembiayaan dan pada  masa yang sama akan memiliki saham dalam syarikat induk BE Group.

Persaingan dalam pasaran pengangkutan dan penghantaran Vietnam semakin sengit apabila penggunaan telefon pintar yang semakin meningkat mendorong permintaan untuk perkhidmatan tersebut. Di samping Grab yang berasal dari Malaysia, tetapi kini berpangkalan di Singapura, menjadi peneraju pasaran di Vietnam, Be Group juga menghadapi saingan daripada Kumpulan GoTo Indonesia yang berkembang ke negara yang mempunyai kira-kira 100 juta orang itu beberapa tahun lalu.

- Advertisement -

Be Group berkata ia akan menggunakan dana itu untuk mengembangkan perkhidmatan pengangkutan, penghantaran dan kewangan digitalnya, serta menerokai pasaran dan segmen baharu sektor pengguna dan pengangkutan.

Syarikat itu menjangka untuk menyampaikan 1 bilion kepenggunaan perkhidmatannya di platform mereka menjelang 2026, meningkat daripada 120 juta tahun lepas, dan melepasi $200 juta dalam hasil kasar tahunan dalam tempoh yang sama.

Sejak dilancarkan pada 2018, Be Group telah mengembangkan operasinya ke 40 bandar dan wilayah di seluruh Vietnam.

- Advertisement -

Syarikat pemula (start up) itu menyasarkan lebih daripada menggandakan pengguna aktifnya kepada 20 juta menjelang 2026, dan menyasarkan pendapatan positif sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan pada tahun kewangan 2024, menurut sumber yang mengetahui pendanaan itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img