spot_img
spot_img

‘Langkah Dubai’ suatu omong kosong, tetapi cubaan tukar kerajaan akan berterusan

spot_img

Kuala Lumpur 10 Jan : Bekas Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof telah mengesahkan bahawa langkah untuk menjatuhkan kerajaan pada awal Januari lalu sebagai tidak wujud atau ‘omong kosong’. Usaha menjatuhkan kerajaan yang dikenali sebagai Langkah Dubai itu telah diwar-warkan di sosial media oleh beberapa pemimpin pembangkang dan cytro (cybertroopers – askar media sosial) Perikatan Nasional.

Namun Mohd Redzuan mengingatkan kerajaan hari ini bahawa usaha untuk menukar kerajaan pasti akan berterusan jika masih terdapat suara-suara yang tidak menyenangkan golongan majoriti, iaitu kaum Melayu.

Beliau berkata, kerajaan tidak mustahil untuk tumbang berdasarkan senario politik kini dan pengalamannya semasa menjadi menteri kabinet lalu bersama dengan menteri-menteri dari parti DAP.

- Advertisement -

“Isu-isu yang dibangkitkan DAP berkenaan orang Melayu dan Islam begitu lantang. Ia memberikan sentimen yang tidak puas (tidak baik) kepada kepimpinan negara sekarang.

Saya masih ingat tiga bulan sebelum Langkah Sheraton dahulu, saya rasa desakan parti komponen Pakatan Harapan ketika itu boleh menyebabkan kerajaan tumbang”, katanya semasa Wacana Sinar yang disiarkan semalam. Kemelut politik Malaysia 2020–2022 atau Langkah Sheraton membawa kepada peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 dan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mengakui langkah – langkah menukar kerajaan selepas pilihanraya akan mengakibatkan ketidakstabilan kepada negara termasuk merosakkan ekonomi.

- Advertisement -

Oleh sebab itu, kerajaan hari ini harus berusaha untuk memastikan setiap parti yang membentuk kerajaan supaya mengikut perlembagaan negara supaya kestabilan dan keharmonian dapat dikekalkan.

“Perlembagaan adalah asas untuk menyatukan pelbagai ideologi politik (dalam parti kerajaan memerintah)”, ujarnya.

Mohd Redzuan mengingatkan kerajaan hari ini supaya tidak melupakan kaum majoriti. “Jangan lupa sosial kontrak, jangan lupa apa yang termaktub dalam perlembagaan, jangan lupa kepada kaum majoriti negara ini. Kalau kerajaan hari ini menambah baik kaedah kerajaan dahulu (untuk orang Melayu), memperbaiki kelemahan untuk negara, untuk rakyat dan untuk bangsa yang perlu dibela, saya rasa kerajaan boleh stabil, tetapi kita tidak nampak itu berlaku hari ini”, ujarnya yang melihat kerajaan sekarang sukar untuk mengawal DAP kerana beberapa pemimpin utama parti itu bebas mengeluarkan kenyataan yang tidak menghormati kontrak sosial.

Beliau menyentuh cabaran ketika bekerja dengan para menteri dari parti DAP dahulu. Antaranya ialah DAP tidak mahu mengajar pengundi mereka berkenaan perlembagaan. Beliau memberi contoh kenapa DAP tidak memperjuangkan bahasa kebangsaan untuk diajar di sekolah jenis kebangsaan Cina di negara ini, tetapi lebih menyuarakan isu sensitif seperti ‘bangsa lain selain orang Melayu juga boleh jadi Perdana Menteri’.

Mohd Redzuan menyoal jika DAP tidak mengajar penyokong mereka untuk menghormati perlembagaan (sebagai contoh isu bahasa di sekolah), bagaimana untuk mempunyai identiti Malaysia yang membolehkan kaum lain selain bangsa Melayu untuk menjadi Perdana Menteri ?

Beliau menggesa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya lebih adil dan ikhlas terutamanya membantu ahli-ahli parlimen pembangkang – seiring dengan gelaran Kerajaan Perpaduan.

Beliau juga percaya bahawa kepimpinan Melayu perlu diperkuatkan di dalam kerajaan negara ini bagi memastikan kestabilan politik dan kemajuan negara dapat dikecapi pada masa ini dan untuk generasi akan datang.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img