spot_img
spot_img

Mereka yang membantu siasatan SPRM hari ini

spot_img

KUALA LUMPUR: Hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil isteri serta dua anak Tun Daim Zainudin bagi membantu siasatan rasuah terhadap bekas Menteri Kewangan.

Isteri Daim, Toh Puan Naimah Khalid dan dua anaknya akan memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya, pagi ini.

Daim dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan UMNO ketika parti itu mentadbir negara.

- Advertisement -

Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Susulan itu, SPRM pada Jun lalu membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ dan ahli keluarga mereka.

Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

- Advertisement -

SPRM juga turut menyita Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini, yang dikatakan milik keluarga Daim.

Menara Ilham difahamkan mempunyai ketinggian 274 meter merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cendera mata, manakala sebanyak 33 tingkat aras untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen.

Hari ini juga, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipercayai akan membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung pemberian projek kepada individu tertentu termasuk melaksanakan dua pro­gram di bawah pentadbirannya sebelum ini.

Satu sumber yang dipetik dari Utusan Malaysia, ketera­ngan bekas pemimpin itu akan diambil kira-kira pukul 10 pagi ini.

Katanya, siasatan SPRM ter­hadap beliau turut memfokuskan kekayaan dimilikinya termasuk ahli keluarganya.

“SPRM juga dipercayai telah pun merakam keterangan pembantu yang mempunyai hubung kait dengan beliau sebelum ini.

“Namun, SPRM sekali lagi akan mengambil keterangannya termasuk ahli keluarganya yang dipercayai ketika ini berada di Sabah bagi membantu siasatan SPRM,” katanya di sini.

Kata sumber itu, siasatan akan dilakukan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img