spot_img
spot_img

Kerajaan tumbang – strategi PN takutkan ahli parlimen sokong kerajaan

spot_img

ALOR SETAR: Tindakan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mencanang kononnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang dalam masa terdekat, tidak lebih daripada strategi kepimpinan Perikatan Nasional (PN) untuk menakut-nakutkan ahli Parlimen mereka daripada terus menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

(Mahfuz Omar)

- Advertisement -

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu jelas menunjukkan kegelisahan kepimpinan PN terhadap perkara berkenaan selain keresahan mereka untuk berdepan beberapa kes mahkamah.

Sehubungan itu, beliau ingin menasihatkan Muhammad Sanusi agar menonjolkan diri dengan watak yang sesuai sebagai seorang Menteri Besar dan tidak berlagak sebagai pemimpin politik kampung.

“Apabila beliau bertindak sedemikian, Muhammad Sanusi sebenarnya bukan hanya akan merosakkan ekosistem ekonomi di luar Kedah malah turut menjejaskan ekonomi negeri ini. Para pelabur akan membuat penilaian dan mungkin merasakan situasi politik di Malaysia tidak stabil.

- Advertisement -

“Walhal ketika ini keadaan­nya cukup stabil dengan Perdana Menteri memiliki sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat. Justeru pemimpin PN terutamanya Muhammad Sanusi perlu lebih bijak tampil dengan watak sebagai Menteri Besar, bukannya bersikap seolah-olah pemimpin politik kampung,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas kenyataan Muhammad Sanusi kelmarin yang menzahirkan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan bertahan hingga habis penggal kali ini.

Menurut Muhammad Sanusi, beliau secara peribadi tahu bila Kerajaan Perpaduan akan tumbang namun enggan mendedahkan waktunya kepada umum.

Mahfuz menambah, tindak-tanduk Muhammad Sanusi ketika ini tidak ubah seperti watak bomoh dimainkan pelakon veteran A.R Tompel dalam filem Nasib Do Re Mi.

“Dalam filem tersebut, bomoh berkenaan cuba meyakinkan sekumpulan lelaki untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mereka melarikan seorang wanita. Lebih kurang begitulah halnya dengan apa yang dilakukan Muhammad Sanusi ketika ini,” katanya.

 

 

Sumber – Utusan

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img