spot_img
spot_img

Adakah benar SD telah dikumpul dan kerajaan perpaduan bakal tumbang ?

spot_img

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Perikatan Nasional (PN) memperoleh akuan berkanun (statutory declarations – SD) yang mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan, menurut laporan Sinar Harian hari ini.

Sanusi, bagaimanapun, tidak memberikan butiran lanjut, termasuk jumlah sebenar SD yang terkumpul.

“SD sudah cukup, tunggu hari sahaja,” katanya dipetik sebagai berkata selepas melancarkan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap di Dewan Tunku Putra Kuala Nerang hari ini.

- Advertisement -

Beliau membuat kenyataan ini sebagai menjawab soalan media mengenai jumlah SD yang dikumpul oleh PN dalam usaha nyata untuk menggulingkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemerhati politik berkata Sanusi kini dalam keadaan terdesak kerana isu mahkamah dan rasuah pentadbiran kerajaan negeri Kedah. Perbicaraan kesnya yang didakwa atas tuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan menerusi ceramah politik ditetapkan 12 hari bermula 18 Januari ini.

Semalam, media melaporkan pejabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin telah menafikan dakwaan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah mengadap 118 Ahli Parlimen PN, dengan membawa SD masing-masing.

- Advertisement -

Kenyataan yang tular didakwa dikeluarkan oleh Hazmah sendiri, juga diisytiharkan palsu.

Pada 6 Januari lalu, satu kenyataan media telah dikongsi secara meluas di media sosial di mana PN melahirkan rasa syukur atas usaha menyelamatkan negara dan berkata ia telah mendapat restu Raja-raja Melayu. Dilihat semua sosial media penyokong PN memainkan naratif runtuhnya kerajaan dengan sokongan SD ahli-ahli parlimen.

Disamping itu, dakwaan mengenai apa yang dipanggil “Langkah Dubai” yang bertujuan untuk menjejaskan kestabilan Anwar dan gabungan kerajaan persekutuannya muncul minggu lalu selepas ia ditularkan oleh timbalan ketua pengarah Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-Kom), Datuk Ismail Yusop.

Ia membabitkan pemimpin PN, termasuk wakil kerajaan, dalam mendalangi langkah itu semasa percutian mereka di Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini.

Bagaimanapun, Anwar tidak mengendahkan “Langkah Dubai”, dengan mengatakan bahawa ia tidak akan menjejaskan kerajaan perpaduan.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img