JERUSALEM, 25 Dis — Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu hari ini berkata bahawa perang Gaza masih belum berakhir dan menolak spekulasi media palsu bahawa kerajaan Zionis itu mungkin akan menghentikan pencerobohan dan peperangan menentang kumpulan pembebasan Palestine Islam, Hamas di wilayah Palestin.
“Kami tidak berhenti. Kami terus berjuang, dan kami akan memperhebatkan pertempuran dalam beberapa hari akan datang, dan pertempuran akan mengambil masa yang lama dan ia tidak hampir untuk berakhir,” katanya kepada ahli parlimen dari parti Likudnya, menurut satu kenyataan.